Showing posts with label Nisa. Show all posts
Showing posts with label Nisa. Show all posts

Monday, June 07, 2010

SMART SOLAT 4 - bantu imarahkan masjid

Amali Solat

Latihan Dalam Kumpulan

Peserta-peserta yang hadir...

Jengka 15 - Program Smart Solat 4 yang di anjurkan oleh Nisa' Kuala Krau pada kali ini merupakan kesinambungan pendidikan solat kepada remaja dan kanak-kanak sekitar bandar jengka sebagaimana yang telah di adakan di Jengka 11 tempohari.

Penyertaan pada kali ini amat memberangsangkan sehinggan mencapai 100 orang peserta dari sekitar bandar jengka.

Program ini memuatkan pengisian motivasi solat, latihan dalam kumpulan, tayangan multimedia dan amali solat. Slot motivasi solat telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Asjad yang merupakan pensyarah di Uitm Kampus Jengka.

Kemudia disusuli dengan ldk solat secara teori dan terus dengan amali selepas zohor. manakala selepas itu pada waktu petang, semua peserta telah dihidangkan dengan satu tayangan khas berkenaan dengan azab dan ganjaran bagi mereka yang menunaikan solat atau meningalkannya.

program tamat sekitar jam 6 petang selepas berakhirnya majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah.

Dalam ucapan Al-Fadhil Ustaz Abd Rahim Abd RAhman semasa merasmikan majlis penutup, beliau menghargai usaha Nisa' Kuala Krau dengan penganjuran program seperti ini di masjid. selain untuk menarik minat pelajar untuk ke masjid, program ini juga dapat membantu pihak masjid mengimarahkan masjid dengan kehadiran peserta serta ibu bapa yang hadir bagi melihat anak-anak mereka.

Manakala, menurut ustazah Hairul Azimah Abdul Aziz (Timb. Nisa' Kuala Krau) yang merupakan Moderator program, beliau juga berpuas hati kerana peserta yang hadir mendaftarkan diri adalah muka-muka baru walaupun ada yang tidak pernah ketinggalan dalam Smart Solat yang telah diadakan pada siri-siri yang lepas. Inin bermakna program pengisian sebegini adalah menjadi agenda utama ibubapa mengambil peluang mengisi waktu cuti anak-anak untuk ke program yang baik. kami dari nisa' Kuala Krau tidak akan berputus asa untuk berusaha menegnajurkan program seperti ini di masa-masa akan datang.

Terima kasih jug abuat fasilitator yang merupakan pelajar Maahad SAS jengka yang sedang bercuti kerana sanggup mengorbankan cuti untuk melicinkan lagi program ini. Syukran jazilan.

semoga Allah memberkati usaha murni ini.

Monday, February 15, 2010

KEMAS 2010 tarik perhatian ibubapa

Saff urusetia dan fasilitator KEMAS 2010

Jengka 11, 13-15 Februari 2010 - KEM ANAK SOLEH atau kata singkatannya KEMAS 2010 telah berlangsung dengan jayanya. KEMAS berjaya menarik perhatian ibubapa sekitar bandar Jengka untuk menghantar anak-anak mereka untuk menyertai program ini. kira-kira seramai 111 orang peserta telah menyertai program ini.

KEMAS 2010 adalah merupakan program pembinaan sahsiah anak soleh kepada anak-anak yang berusia 10 - 12 tahun di samping menerapkan nilai-nilai akhlak serta menekankan aspek ibadah utama iaitu solat.

Selain itu, KEMAS pada kali ini telah dikemaskini dengan meletakkan tema setiap hari dalam program bagi mudah untuk setiap peserta menerima objektif yang telah dihajati. Pada hari pertama temanya ialah "Cinta Allah, Cinta Rasul" dengan memuatkan pengisian ceramah, modul LDk, serta menerapkan konsep cinta hanya kepada Allah & Rasul.

Para peserta khusyuk mengalunka zikir

Pada hari ke dua pula, temanya ialah "Kasih Ibu Jasa Ayah" yang juga memuatkan slot ceramah, modul melukis potret ibu ayah serta slot night walk untuk menginsafkan peserta serta menghayati pengorbanan ayah dan ibu.

Manakala pada hari ke tiga pula, tema yang diterapkan ialah "Cinta Sahabat" dengan memuatkan slot cinta sahabat berdasarkan kepada apa yang dilakukan oleh Rasulullah dan sahabatnya.

...bersama fasilitator

Setiap waktu lapang para peserta dikehendaki mengalunkan zikir serta membaca al-quran. Peserta tidak dibenarkan membazirkan waktu lapang dengan sia-sia.

Dalam KEMAS juga, semua ibu bapa dijemput untuk bekerjasama membantu dalam misi menyedarkan para peserta menginsafi akan tanggungjawab sebagai anak.

Program ini di adakan di Masjid As-Syakirin Jengka 11, anjuran Nisa' Kuala Krau dengan kerjasama AJK Masjid, dan Unit Amal. Manakala Fasilitator pula merupakan pelajar tingkatan 5 dari Maahad SAS, Jengka yang sedang bercuti.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Us Syarif Bin Mat Yusof merupakan selaku penasihat KEMAS 2010. Peserta terbaik ialah Adik Ahmad Baihaqi Bin Fadzil dari Kuala Krau dan Noratiqah Binti Mohd Anuar dari Bandar Pusat.

Menurut kebanyakan ibubapa yang hadir, mereka sangat berminat dengan program sebegini dan mudah-mudahan pada masa akan datang program sebegini dapat di teruskan lagi.

Pengarah KEMAS Salina Omar (Ketua Nisa' Kawasan Kuala Krau) bersama urusetia yang lain telah memulakan gerak kerjanya sejak dua bulan yang lalu bagi memantapkan persediaan program.

Kami Nisa' Kuala Krau mengucapkan tahniah kepada peserta dan penghargaan kepada semua yang terlibat membantu KEMAS 2010. Semoga Allah memberi ganjaran yang baik kepada kita semua.