Saturday, March 31, 2007

WANITA SOLEHAH

Wanita solehah penghibur Hati
Wanita solehah sentiasa tenang jiwanya

Lantaran sentiasa membesarkan Allah di dalam solatnya
Dan Sunnah Rasulullah menjadi jalan hidupnya
Kalamullah adalah akhbar dan hiburan
Janji-janji Allah adalah jaminan ketenangan

Sumber jiwanya beroleh kekuatan
Agar sabar merintangi musibah
Istiqamah dalam mujahaddah
Berteguh menjunjung hukum-hakam Allah

Jiwanya damai, tidak mudah bergoncang
Ujian hidup baginya fitrah;
Sebagai mehnah, didikan terus dari Allah
Salah satu antara dua : tanda kasih sayang
Allah atau penghapusan dosa yang meningkatkan iman
Berwaspada dengan firman Allah :
" Barangsiapa yang tidak rela terhadap takdir Ku tidak sabar terhadap cubaan Ku dan tidak syukur terhadap nikmat pemberian Ku, maka carilah Tuhan selain Aku"

Berkhalwah pasrah
di hujung malam munajatnya adalah bicara cinta
Rintihan dan pengaduan adalah bait puitis
Tidak pernah merelakan dirinya hanyut dibuai perasaan
Gelodak rasanya tidak mudah dituruti

Dia insaf
Hiburan yang tidak membimbing jiwa ke arah cinta ketuhanan
Adalah pembohongan dan sia-sia
Ketenangan yang diilhamkan hanyalah sementara
Sentuhan iramanya tidakkan mampu memecahkan masalah
Gemerlap sinarnya tidakkan menyuluh jalan keluar
Bahkan jiwanya yang sakit akan semakin parah
Tusukan asyiknya adalah jarum-jarum syaitan
Matahati akan buta, kaburlah hikmah yang tersirat
Tidakkan nampak jalan akhiratInilah yang ditakuti dan sentiasa diawasinya !!

Maka kepada Allah lah dipanjatkan segala pengaduan dan Dia-lah sebaik-baik tempat pergantungan.Seperti yang dinukilkan dalam firman Allah : "Apabila ditimpa musibah , mereka mengucapkan; Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannnya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk"(Al-Baqarah : 156-157 )

Inilah wanita solehah yang tidak akan membiarkan dirinya menjadi busar panahan syaitan diperalatkan untuk mengumpan kaum Adam

Memandangnya menyejukkan mata
Dirinya yang tenteram memberikan hiburan
Kiranya ia seorang isteri keperibadiannya akan menghibur suami

Seperti yang diungkap oleh pujanga sufi
Rumahtangga menjadi gelanggang dan kebanggaan
Anak-anak menjadi murid
Dialah mursyidnyaHarta suami dijaga dengan sempurna
Dilepaskan suami berjuang dengan rela dan bangga
Dirumah dan diluar
Maruahnya sentiasa dijaga
Sentiasa menguntum senyum
Dihadapan suamiSanggup hidup berdua
Mati bersamaLantaran mengharap keredhaan Allah semata-mata

Memadai dengan apa yang ada
Tidak pernah menuntut apa yang tiada
Menjadi tulang belakang perjuangan suami
Hingga suaminya terasa
Rumah itu syurga
Menjadi sumber kekuatan jiwa dalam menegakkan jihaddnya
Natijahnya : Lahirlah jiwa sakinnah bernafsu mutmaiinnah
Dan mendapat alu-aluan Allah : "Kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya"(Surah Al-Fajr : 27

Saturday, March 24, 2007

Lembaran Hidup Wanita Solehah

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya,
yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....

Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....

Wednesday, March 21, 2007

Ilmu Yang Bermanfaat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“ Jangan engkau menuntut ilmu agar dapat bermegah-megah dengan ilmu itu terhadap ulamak dan dapat mebantah-bantah dengan ilmu itu terhadap orang-orang bodoh dan dapat memalingkan wajah-wajah yang sedemikian, Allah akan memasukkan mereka ke dalam nerakan Jahannam.”


Sesungguhnya sudah terbukti ilmu pengetahuan itu penting dan terpenting sekali kepada kehidupan setiap individu manusia kerana kebahagiaan dan kesejahteraan itu samada ketika hidup di dunia dan akhirat bergantung kepada ilmu pengetahuan yang miliki. Jika kita berilmu maka bahagialah kita dan jika kita jahil maka sengsaralah kita. Jadi, kenapa dan mengapa ilmu pengetahuan amat penting kepada kita?

Ilmu adalah anugerah Allah ia adalah perkara ynah paling asas dalam kehidupan manusia kerana setiap sesuatu yang ingin dilakukan hendaklah dengan ilmu. Ilmu akan mengajar manusia untuk hidup dalam keadaan sempurna, aman dan bahagia. Kerana itulah nabi pernah mengatakan bahawa menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan kepada lelaki dan perempuan. Islam amat mementingkan umatnya menuntut ilmu pengetahuan. Tarbiah dalam islam bermula daripada daripada peringkat awal lagi iaitu sejak dari alm rahim ibu lagi.

Imam Syafie R.A pernah berkata:-
“Sesiapa yang mempelajai Al-Quran, nilai hidupnya menjadi semakin besar, sesiapa yang mempelajari fekah martabatnya akan tinggi. Sesiapa yang menulis hadis, pembelaannya akan kuat. Sesiapa yang mempelajari bahasa maka ia akan menjadi seorang yang budiman dan sesiapa yang mempelajari ilmu hitungakan kuat fikiran dan pendapat”.

Melalui ilmu kita akan dapt hidup sejahtera, aman damai di dunia ini. Kita dapat memiliki pangkat, kedudukan dan kemuliaan. Dihormati oleh orang lain dan yang paling penting kita diangkat untuk menjadi pemimpin kepada diri kita dan kepada orang lain. Jadi orang yang berilmu akan mendapat kedudukan yang istimewa di sisi allah dan di mata masyarakat.

Imam al-Ghazali pernah berkata:
“Kesempurnaan seseorang manusia itu dapat dilihat dari jauh dan dekatnya kepada Allah. Pendekatan ini hanya mampu dicapai dengan ilmu pengetahuan. Selama ilmunya cukup banyak dan sempurna, maka ia semakin dekat kepada Allah dan semakin menyerupai malaikat.”

Orang yang berilmu memiliki martabat yang tinggi di sisi Allah berbanding mereka yang tidak berilmu. Dengan ilmulah kita dapat meningkat lagi kefahaman terhadap agama dan menambahkan lagi ketaqwaan serta ketaatan kita kepada Allah. Ilmulah yang mengajar dan mendidik manusia .... renungillah moga2 ilmu yang kite peroleh diredhai ALLAH....

Saturday, March 10, 2007

Permasalahan Ikhtilat Menurut Islam


1.0 MUQADDIMAH

Permasalahan ikhtilat yang berleluasa dewasa ini telah diabaikan sehingga ia terus juga berlaku. Oleh itu kami berharap kertas kerja yang ringkas ini akan dapat menimbulkan kesedaran kita dan seterusnya menolong menyelesaikan permasalahan ini. Ikhtilat adalah merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu ciri pergaulan masyarakat jahiliyah dimana ia juga berasaskan kepada nilai-nilai dan sistem hidup jahiliyah. Ia merupakan bentuk pergaulan yang telah ditolak oleh islam semenjak kedatangan Rasulullah saw yang membawa sisitem dan nilai hidup yang dipandu al_Quran dan as-Sunnah.

2.0 PERMASALAHAN IKHTILAT

2.1 Ikhtilat Menurut Hukum Islam

Secara teorinya Islam yang dibina di atas asas aqidah dan keimanan yang mutlak kepada Allah bertujuan untuk menonjolkan ciri-ciri kemanusiaan dan meninggikan darjat kemanusiaan itu di atas segala darjat yang lain, oleh itu pada praktiknya ia tidak dapat menerima sebarang bentuk pergaulan yang diasaskan di atas ciri-ciri kebinatangan di dalam proses pembentukan dan existensi (wujudiah) masyarakatnya. Ini selaras pula dengan kejadian manusia sebagai makhluk yang baik.

Fireman Allah:
والتين والزيتون (1) وطور سينين (2) وهذا البلد الآمين (3) لقد خلقنا الآنسان في أحسن تقويم (4)

Maksudnya : Demi buah tin dan zaitun dan gunung Tur Sina serta negeri Mekah yang aman ini. Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

Tegasnya Islam bertujuan melahirkan suatu keperibadian dan generasi manusia yang menepati ciri-ciri kejadiannya yang sangat tinggi supaya ia dapat memenuhi kembali tugasnya sebagai hamba yang mengabdikan diri kepada Allah semata-mata, menerima arahanNya semata-mata, begitu juga tunduk dan patuh kepadaNya semata-mata, dan sebagai pemimpin kepada ummat manusia seluruhnya.

2.2 Ikhtilat pada prinsipnya dijelmakan dalam bentuk hubungan bebas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi, ia boleh berlaku samada di tempat sunyi atau di tempat yang terbuka. Kesan dari perhubungan semacam ini membuka ruang kepada berlakunya perzinaan di dalam masyarakat.

Sabda rasulullah saw:

Maksudnya : Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang ketiganya.

2.3 Syariat Islam mengharamkan kepada lelaki melihat kepada wanita lain yang bukan muhrim. Seorang lelaki tidak diperbolehkan memandang kepada orang perempuan selain kepada isterinya dan wanita-wanita muhrimnya.

Firman Allah :
قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم، ويحفظوا فروجهم… وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن، ويحفظن فروجهن… ( النور ؛ 31 )

Maksudnya : katakanlah kepada lelaki-lelaki dari oarang-orang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka…dan katakanlah kepada orang perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka.

Sabda Rasulullah saw :
يا علي لا تتبع النظرة النظرة فانمالك الأواي وليست لك الآخرة

Maksudnya: Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (dosa ke atasmu).

Tersebut dalam kitab al-Majmuk “Bahawa apabila seorang lelaki ingin melihat kepada perempuan yang ajnabiah tanpa sebab yang syar’ie, maka haram baginya yang demikian itu. Haram baginya melihat samada aurat perempuan itu ataupun selain auratnya… dan haram juga kepada perempuan melihat kepada lelaki yang ajnabi samada kepada auratnya atau selain auratnya tanpa sebarang sebab yang syar’ei… maksud dari penegahan ini keatas golongan lelaki adalah untuk mengelakkan mereka daripada godaan syaitan ( الافتتان) dan godaan ini juga berlaku ke atas golongan perempuan lantaran golongan perempuan itu terlebih segera menerima godaan kerana sifat syahwatnya yang terlebih kuat, maka haram keatasnya penglihatan itu”.

2.4 Oleh kerana menahan pandangan mustahil dapat dilakukan dalam bentuk pergaulan yang bebas (bercampur lelaki dan perempuan) maka sayugialah Islam bertindak mengharamkannya, dan Islam menetapkannya kepada setiap lelaki dan perempuan yang ingin bermuamalat bahawa ia mestilah mengadakan sekatan yang menghalang penglihatan di antara keduanya.

Firman Allah :
واذا سألتموهن متاعا فاسألوهن من وراء حجاب (اللأحزاب)

Maksudnya : Apabila kamu minta dari perempuan akan sesuatu seperti alat-alat yang digunakan di dalam rumah, baldi atau pinggan atau belajar ilmu atau minta sesuatu fatwa maka hendaklah kamu minta itu dari balik tabir iaitu dari belakang tabir iaitu dari suatu sekatan di antara kamu dengan perempuan itu.

Al-Imam Qurtubi di dalam mentafsirkan firman Allah ini berkata: “Pada ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa Allah mengizinkan perempuan mukminah menguruskan permasalahan mereka melalui belakang tabir samada masalah itu merupakan hajat-hajat yang mendatang atau masalah-masalah hukum yang memerlukan fatwa. Termasuk di dalam perintah ini semua golongan wanita, berdasarkan asas-asas syariah yang terkandung di dalam ayat ini bahawa tubuh perempuan seluruhnya adalah aurat termasuklah badan dan suaranya seperti yang telah dinyatakan. Maka adalah haram mendedahkan aurat tersebut (kepada penglihatan lelaki ajnabi) melainkan kerana keperluan seperti persaksian yang dilakukan keatasnya atau pengubatan pada tubuhnya atau pun soalan-soalan atas apa yang berlaku khusus kepadanya.

2.4 Sabda Rasulullah saw:
لا يخلون رجل بامرأة ولا تسا فرون امرأة الاومعها محرم

Maksudnya : Tidak boleh bersunyi seseorang dari kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersamanya muhrim.

Kecenderungan naluriah antara lelaki dan perempuan adalah kecenderungan yang dalam sekali. Membangkitkan kecenderungan ini pada setiap saat akan menambah geloranya lagi. Pandangan mta merangsang, gerak geri badan merangsang, gelak ketawa merangsang dan gurau senda membangkit hasrat. Jalan yang aman ialah mengurangi hal-hal yang membangkitkan hasrat tersebut, dan itulah jalan yang dipilih oleh Islam. Berasaskan adab-adab yang kukuh ini memastikan berlakunya hubungan yang bersih, mulia dan terpelihara.
Firman Allah :
ذلكم أطهر لقلوبكم وقلوبهن (ألأحزب:53)

3.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Almarhum Abdullah Nasih Ulwan bahawa semua nas-nas al_Quran dan nas-nas hadis nabi ini mengharamkan percampuran lelaki dan wanita (ikhtilat) secara pasti, tidak syak lagi dan tidak ada jalan untuk dipertelingkahkan lagi. Seterusnya cara beginilah yang telah dilaksanakan bagi umat Islam pada semua zaman sejarahnya pada abad-abad yang lalu. Oleh itu menjadi kewajipan setiap muslim menegah sebarang kemungkaran ikhtilat yang berlaku.

"ربنا لا تزغ قلوبنا بعد أذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة انك انت الوهاب