Sunday, November 11, 2007

Renungn untuk tatapan semua.....

jika dilihat kekuatan umat Islam pada zaman kegemilangannya bukan saja terletak pada ketaqwaan dan keimanan meeraka terhadap Allah. mereka turut cemerlang dan terkenal dalam bidang lain seperti ekonomi, perubatan sains dan teknologi.

keadaan ini berbeza dengan zaman sekarang, sesetengah negara ditindas dan ramai yang ketinggalan dalam arus pembangunan. Apakah punca umat islam tidak digeruni atau disegani seperti suatu masa dahulu?.. Rasulullah saw pernah bersabda dalam hadis yang di riwayatkan oleh Sauban, maksudnya: "hampir seluruh umat manuasia bersatu menghancurkan kamu seperti orang yang sedang lapar manghadiri makanan. mereka bertanya:" Apakah kite sedikit pada masa itu,wahai Rasulullah?" jawab badinda: "malah kamu ramai, tetapi kamu laksana buih dari bah. dalam pada itu hati mereka tidak ada rasa segan terhadap kamu dan dalam hati kamu sendiri tumbuh penyakit watan," maereka bertanya:" apakah yang dimaksudkan dengan penyakit watan itu wahai Rasulullah?. jawab baginda;" maksudnya adalah dalam hati kamu bertakhta perasaan cinta dan takut mati." ( hadis riwayat Ai-Imam Abu Daud)

Begitu perumpamaaan Rasulullah terhadap keadaan umat islam hari ini iaitu ibarat buih bah. umat islam akan dikeremuni oleh musuh tanpa ada rasa segan kerana umat islam lemah dan tidak berkualiti sekalipun bilangan mereka ramai.

Hakikatnya ini terbukti seperti yang berlaku di seluruh dunia islam ketika ini. Allah swt memerintahkan umat islam agar menggunakan segala kekuatan yang ada pada diri mereka.

Allah swt berfirman dalam Surah ani anfal ayat 60 yang bermaksud " dan sediakanlah untuk menentang mereka ( musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan."

Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah bersabda yang bermaksud:" seseorang mukmin yang kuatadalah lebih baik dan di kasihi daripada seseorang mukmin yang lemah" dan tidak dapat dinafikan ilmu pengetahuan amat penting bagi memajukan diri dan negara agar tidak dipandang rendah oleh masyrakat luar... Firman Allah yang bermaksud: Allah meningkatkan darjat orang berinam di antara kamu, dan orang orang yang dibei ilmu pengetahuan dari kalangan kamu beberapa darjat'

Malngnya, ramai umat islam hari in tidak memahami konsep ilmu dalam islam. mereka menganggap ilmu islam hanya menjurus kepda [persoalan tauhid, fikh, tasawuf]. mereka menganggap ilmu lain seperti perubatan, ekonomi dan astronomi tidak termasuk dam kamus ilmu pendidikan islam.

Dengan fahaman ini, maka ada umat islam yang kurang memberi perhatian dan tidak berusaha memiliki kepakaran dan kemahiran dalam bidang lain selain agama...umat islam yang sebenar adalah umat islam yang mempunyai jati diri yang tersendiri.