Monday, December 29, 2008

Wanita Solehah Idaman Mujahid

"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”



Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.



”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...



"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.



”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan

kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,


" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)




Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.



“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”(An Nisaa’ : 1) "




Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)



Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.



“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”



Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.



.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

Friday, December 19, 2008

KARNIVAL NISA' INDOOR GAMES - PAHANG 2008

Tuesday, November 25, 2008

Peranan Muslimah Dalam Gerakan Islamiah (Siri Akhir)

MUSLIMAH SEBAGAI PEMIMPIN DALAM JIHAD

Jihad dalam erti kata yang ringkas ialah ‘perjuangan untuk mempertahankan kemurnian Islam sama ada pada diri sendiri, masyarakat dan negara.’ Pada zaman awal Islam, kaum muslimat terlibat di dalam berbagai-bagai bidang jihad. Contohnya dalam menguruskan rumahtangga sedang suami-suami mereka sibuk digelanggang jihad, maka di kala itu mereka melakukan kerja-kerja rumah dengan tangan-tangan mereka sendiri. puteri Rasullah s.a.w, Fatmah Az-Zahrah melakukan kerja rumah beliau tanpa pertolongan sesiapa, sehinggalah beliau terasa terlalu penat dan tangannya menjadi kasar. Saiyidina Ali meminta Fatimah memberitahu bapanya, Nabi Muhammad s.a.w agar dapat menyediakan seorang pembantu rumahtangga kepadanya.


Apabila beliau mengadu, Rasulullah s.a.w menasihatkan Fatimah r.ha supaya menyebut Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sepuluh kali setiap selepas solat dan Allah s.w.t akan memberikan kekuatan kepadanya menyelesaikan tugas-tugas rumahtangganya. Beliau berpuas hati dengan nasihat bapanya dan tidak pernah mengadi lagi selepas itu.


Pernah pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w mengunjungi puteri kesayangannya itu, baginda mendapati Fatimah memakai pakaian kasar yang diperbuat daripada bulu unta dan sedang mengisar gandum. Rasulullah s.a.w bersabda kepada puterinya:


“Jika (kamu) berkehendakkan ganjaran yang baik di akhirat kelak, Fatimah harus melalui kepahitan hidup di dunia”


Dalam menghadapi situasi penyelewengan terhadap penghayatan Islam kini, jihad menerusi keilmuan adalah sangat penting. Ini kerana peranan muslimat untuk menimba ilmu dan menyebarkannya kepada orang lain adalah sangat-sangat diharapkan bahkan mereka mampu berbuat demikian secara pro-aktif. Ini memandangkan sikap dan kegemaran kaum wanita yang suka berbual dan membincangkan permasalahan masyarakat sesama mereka. Maka potensi ini hendaklah dieksploitasi sebaik mungkin.


Kaum wanita juga memainkan peranan penting dalam menyebarkan ilmu Islam kepada manusia seluruhnya kerana mereka adalah guru pertama kepada anak-anak mereka maka mereka hendaklah memahami bahawa peranan ilmu yang yang disampaikan itu juga bermatlamat menegakkan syariat Allah di atas muka bumi ini. Tegasnya, peranan muslimah dengan lelaki dalam konteks untuk memantapkan jiwa, aqidah dan akhlak serta memperbetulkan masyarakat dari segala penyelewengan yang berlaku. Jelasnya, peranan mereka ialah berusaha untuk memperbetulkan manusia dengan memimpim mereka kearah kesempurnaan dan ketaatan mutlak kepada Allah s.w.t.


Disamping berjihad dalam bidang rumahtangga dan bidang keilmuan, wania Islam juga perlu melibatkan diri di dalam gerakan jihad menghadapi musuh-musuh Islam sebagaimana keberanian Ummu Abdullah berhadapan dengan Umar bin Al-Khattab sebelum beliau memeluk Islam. Ini merupakan contoh yang terus menjadi teladan kepada wanita Islam.


Muslimah juga seharusnya memahami dan sedar tentang kepentingan untuk menjaga strategi, kerahsiaan dan melindungi harakah. Muslimat mesti meyakini matlamat dan arah perjuangan yang mereka dokongi. Mereka jangan sekali-sekali mudah ditarik oleh anasir-anasir yang menyebabkan mereka lari daripada perjuangan yang diikuti selama ini.


PENYESUAIAN DIRI DALAM MASYARAKAT.


Sebahagian daripada wanita Islam kini mendapat pendidikan tinggi sehingga memiliki ijazah, pekerjaan dan pangkat yang baik, lalu tidak lagi memainkan peranan yang serius dalam kebangkitan semula Islam. Jika Islam terpaksa berhadapan dengan orang-orang yang jahil dan degil di dalam masyarakat jahiliyyah di masa dahulu, hari ini Islam terpaksa pula menghadapi cendekiawan barat termasuklah para orentalis yang mengkaji Islam dan berusaha untuk mengelirukan masyarakat tentang Islam. Umpamanya mereka pernah mempertikaikan sekiranya terlaksananya dasar pemerintahan Islam dalam sesebuah negara, maka kaum wanita tidak bebas bergerak dan mereka akan diletakkan sebagai masyarakat kelas dua.


Pergaulan yang bebas lelaki perempuan adalah perkara yang lumrah di mana-mana. Malangnya hanya segelintir sahaja orang Islam yang bimbang akan permasalahan ini. Di pejabat-pejabat, gadis-gadis jelita diletakkan sebagai penyambut tetamu. Di pusat-pusat rekreasi, kita dapati pemuda-pemudi Islam tanpa segan silu lagi bermadu kasih. Kedai-kedai fesyen pakaian atau ‘boutique’ menyediakan berbagai-bagai fesyen pakaian yang mendedahkan aurat untuk kaum wanita, wanita-wanita dijadikan sebagai bahan-bahan pengiklanan di tepi-tepi jalan dan sebagainya.


Dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini, ramai kaum wanita sama ada yang berpelajaran atau buta huruf telah meninggalkan rumah untuk bekerja di pejabat, kilang atau ladang. Adakalanya sebahagian daripada mereka yang mempunyai anak tidak membuat keputusan wajar untuk meninggalkan anak-anak mereka kepada pengasuh yang benar-benar dapat memberikan pendidikan Islam dan membentuk syakhsiyyah Islamiyyah dalam diri anak-anak mereka.


Terdapat ibu-ibu bekerja atau yang melibatkan diri dengan terlalu banyak kegiatan-kegiatan di luar rumah mengabaikan langsung tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di dalam rumahtangga. Rumahtangga diserahkan kepada pembantu rumah. Akhirnya berlakulah keributan dalam rumahtangga. Suami yang lebih banyak bergaul dengan gadis-gadis di pejabat daripada di rumah mula mencari helah untuk mencari pasangan baru, manakala anak-anak yang membesar tanpa kasih sayang akan melepaskan marahnya kepada masyarakat dengan menjadi golongan yang anti-sosial. Inilah pokok persoalan yang menjadi masalah kepada kita hari ini.


Satu hal yang perlu diambil kira oleh wanita Islam kini terutamanya yang terpaksa memikul dua tanggungjawab, iaitu tanggungjawab di tempat kerja dan tanggungjawab di rumah, mereka hendaklah memastikan kedua-dua tanggungjawab itu dilaksanakan sesempurna yang mungkin. Mereka perlu mendapat kerjasama dengan rakan di tempat kerja dan juga ahli keluarga. Misalnya di tempat kerja, ketua mereka perlu memahami bahawa kakitangan tersebut adalah seorang wanita yang mempunyai tugas di dalam rumahtangga. Begitu juga hali keluarga perlu memberi kerjasama, misalnya suami membantu isteri di dalam urusan rumahtangga.


Anak-anak perlu diberi kefahaman tentang tanggungjawab bersama di dalam rumahtangga. Hapuskan pegangan lama masyarakat yang menganggap tugas-tugas rumahtangga dipukul oleh isteri sahaja. padahal sirah Nabi Muhammad s.a.w telah membuktikan bahawa Rasulullah sendiri membantu isteri-isteri baginda di dalam urusan rumahtangga. Rasulullah pernah menampal sendiri kainnya yang koyak. Sebagai kesimpulannya, angkatan muslimah di dalam harakah Islamiyyah kini perlu diperkuatkan dengan perkara-perkara yang berikut:


1. Kefahaman Islam yang mendalam

2. Keikhlasan dan kejujuran

3. Pendidikan Ilmu dan harakah

4. Mengutamakan pendidikan keluarga dan rumahtangga mengikut Islam

5. Menanam semangat jihad


MENGORAK LANGKAH MEMIMPIN UMMAH
Mujahidah Islam

Sunday, November 09, 2008

Hari Pendidikan PASTI Kuala Krau - 6 November 2008


Hari Pendidikan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Kuala Krau disambut meriah pagi tadi.


Program yang diadakan di dataran Masjid Lama,Rantau Perintis itu telah mengumpulkan hampir 200 pelajar dari tujuh buah PASTI seluruh kawasan Kuala Krau bersama dengan ibu bapa,guru guru dan seluruh ahlijawatankuasa PASTI di semua cawangan.


Selepas upacara perasmian yang disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau,Ustaz Shahril Azman Al Hafiz,para pelajar telah membuat beberapa persembahan seperti bacaan Al Quran dan terjemahan,nasyid,doa dan zikir munajat.


Di akhir program,Anugerah pelajar telah disampaikan oleh Ketua Ulama Kawasan,Ustaz Ahmad Nafiri Ahmad Taozi kepada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan .Disamping itu pihak penganjur juga turut menyampaikan Anugerah Khas kepada bekas guru PASTI yang bertugas selama 17 tahun dan baru sahaja bersara pada tahun ini iaitu Puan Rohani Hashim.

Monday, October 27, 2008

Peranan Muslimah Dalam Gerakan Islamiah (SIRI 2)

MUSLIMAH SEBAGAI ISTERI DAN IBU DALAM PERJUANGAN ISLAM

Wanita Islam taat kepada suaminya bukanlah kerana didorong oleh perasaan rendah diri atau terpaksa, tetapi ia diterima dengan ikhlas hari dan suami diletakkan sebagai pembimbing terbaik. Asma’ binti Yazid seorang wanita Ansar yang mahsyur, terkenal kerana kepetahan berbicara telah mengetuai beberapa orang wanita untuk memberitahu Rasulullah s.a.w akan kekecewaan mereka kerana kelebihan ganjaran kepada lelaki. Beliau mempersoalkan bahawa lelaki mempunyai peluang lebih untuk mendapat pahala melalui solat jumaat, solat jamaah, menziarahi orang sakit, menghantar jenazah dan melibatkan diri dalam jihad. Sedangkan kaum muslimah tidak dapat melibatkan diri secara sepenuhnya ke dalam amalan-amalan tersebut. Rasulullah s.a.w memberikan jawapan yang sangat mudah tetapi mempunyai makna yang sangat tinggi, iaitu jika wanita tersebut menyintai suaminya, menggembirakannya dan metaatinya, ia juga akan menerima ganjaran yang sama seperti yang di dapati oleh lelaki.


Seorang isteri yang beragama Islam amat mengambil berat akan kesihatan jiwa suaminya di damping menjaga keselesaan hidupnya. Muslimah mesti menjadi pendorong dan penyokong dalam perjuangan suaminya. Berkorban apa saja demi perjuangan Islam. Janganlah isteri pejuang Islam menjadi sebab kepada gugurnya suami dari medan perjuangan Islam. Janganlah memberatkan suami dengan perkara remeh-temeh. Jika boleh, urusan yang dapat diselesaikan sendiri, selesaikanlah secara sendiri. mereka juga hendaklah melatih diri sebagai isteri yang cekap dalam pengurusan rumahtangga, mempunyai keyakinan diri dan mempunyai matlamat hidup ke arah melahirkan generasi Al-Quran.


Ummu Sulaim biti Malhan ibu kepada Anas bin Malik mempunyai anak lelaki yang sakit tenat. Sedang suaminya solat Asar di masjid, anak mereka meninggal dunia. Ia tidak memanggil suaminya, sebaliknya menunggu sehinggalah suaminya pulang. Ketika pulang, suaminya membawa beberapa orang teman. Ummu Sulaim menahan dirinya dan menyediakan makanan untuk tetamunya. Kemudian apabila ditanya oleh suaminya akan kesihatan anaknya, ia menjawab lebih sihat dari sebelumnya. Tetapi setelah keadaan tenang, barulah diberitahu keadaan yang sebenarnya. Demikianlah contoh seorang isteri dan ibu yang tenang dalam menghadapi keadaan yang gawat.


Wanita Islam juga mestilah sentiasa berhati-hati dalam memilih calon suami. Janganlah jadikan alasan suami membuatkan muslimah berundur selangkah demi selangkah dari medan perjuangan Islam. Pilihlah calon suami yang bakal menjadi pendorong dan sumber inspirasi dalam perjuangan Islam. Suami yang dapat memberi kerjasama dalam rumahtangga dan perjuangan Islam. Ibarat kata pepatah, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Sebagaimana Ummu Sulaim enggan menerima lamaran Abu Talhah kerana ia masih percaya kepada jahiliyyah. Ia menyuruh Abu Talhah meninggalkan alam jahiliyyah dan memeluk agama Islam. Gesaan ini memberi kesedaran kepada Abu Talhah dan akhirnya memilih Islam dan Ummu Sulaim.


Ketaatan kepada Islam menjadikan wanita Islam ibu yang baik. Ia mendidik anak-anak dengan kecenderungan yang berpandukan kepada nilai-nilai Islam. Sikap keibuan bagi seorang wanita adalah punca utama melahirkan akhlak yang baik kepada anak-anak. Sebagai seorang ibuyang terlibat dalam harakah Islamiyyah, seawajarnya mereka menjelaskan kepada anak-anak tentang penglibatan mereka tersebut, yakni tuntutan terhadap mengintima’kan (menyertai) jamaah Islam, supaya anak-anak mereka faham kegiatan-kegiatan ibu mereka yang mungkin sedikit sebanyak menjejaskan peranan mereka sebagai ibu di dalam dunia rumahtangga. Muslimah seharusnya menanamkan sifat berdikari kepada anak-anak mereka sejak kecil.


Begitu juga mereka sewajarnya menjadi seorang ibu yang dapat meniup roh perjuangan Islam ke dalam diri anak-anak. Seharusnya ibu-ibu muslimah sentiasa mendedahkan kepada anak-anak setiap aktiviti dalam kegiatan harakah. Anak-anak patut dibawa bersama-sama menghadiri rehlah, perkhemahan, jambori amal, ceramah dan muktamar mahu pun lain-lain program parti dan jamaah.

Tuesday, October 14, 2008

Peranan Muslimah Dalam Gerakan Islamiah (SIRI 1)

Setiap muslimah pendokong harakah Islam mestilah benar-benar menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang tersendiri di dalam membina kekuatan ummah dan mendorong perjuangan Jamaah ke mercu kejayaan. Walaupun mereka dikenali sebagai golongan yang lemah lembut, namun dari fakta sejarah telah membuktikan bahawa mereka telah memberikan sumbangan yang sangat besar ertinya kepada perjuangan Islam.

Sejak awal kelahiran Islam sehinggalah cahaya Islam menerangi Jazirah Arab dan kawasan sekitarnya, medan perjuangan Islam tidak pernah sunyi daripada penyertaan angkatan muslimah. Mereka adalah sayap kiri perjuangan Islam, turut serta mengharungi liku-liku perjuangan menghadapi rintangan, meniupkan semangat, mengorbankan harta benda, sanggup melepaskan anak-anak dan suami yang mereka cintai malah ada di kalangan mereka yang gugur syahid kerana perjuangan Islam. Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran dalam surah Al-Mumtahanah ayat 12, yang bermaksud:


“Wahai Nabi, apabila perempuan-perempuan yang beriman datang kepada kamu untuk mengambiljanji setia bahawa mereka tidak akan menpersekutukan Allah dengan sesuatu apapun, mereka tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anaknya, tidak berlaku bohong yang mereka ada-adakan di antara tangan dan kaki mereka dan tidak menderhakakan dalam perkara yang baik, maka hendaklah engkau menerima janji setia mereka dan mohonlah keampunan kepada Allah untuk mereka, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang.”


MUSLIMAH DALAM HARAKAH ISLAMIAH


Khadijah binti Khuwailid r.ha salah seorang daripada penghulu segala wanita di dunia ini merupakan contoh muslimah yang terlibat secara langsung di dalah Harakah Islamiah yang dibawa oleh suami beliau, iaitu Muhammad bin Abdullah s.a.w. Beliau merupakan simbol wanita yang beriman, jujur dan bersifat dermawan lagi penuh kesetiaan, gigih, berani dan terdidik serta petah berkata-kata. Beliau bertanggungjawab meniupkan semangat dan memberi perangsang kepada suaminya di dalam menghadapi pelbagai tribulasi dari kaum kafir Qurais Makkah ketika itu.


Dalam melaksanakan urusan rumahtangga, Sayyidah Khadijah menanggung beban yang berat, betapa dia benar-benar bahagia kerana melaksanakan seluruh tugasnya itu dengan penuh keikhlasan, menjaga pendidikan putera-puterinya serta memastikan segala keperluan keluarga khususnya suami dipenuhi sesempurnanya. Beliau berusaha mewujudkan sebuah rumahtangga yang aman adamai untuk suaminya, kerana beliau tahu betapa penat dan jerih payah suaminya berdakwah.


Sayyidah Khadijah merupakan contoh yang terbaik dalam menyintai dan memuliakan suaminya serta mengutamakan terhadapan apa yang beliau senangi. Ketika beliau dapati suaminya terlalu cinta kepada bekas hambanya Zaid Bin Harithah, dia memuliakannya. Begitu juga sewaktu beliau mengetahui nabi ingin menanggung salah seorang anak bapa saudaranya iaitu, Ali, beliau menerimannya dengan senang hati yang terbuka serta mendidiknya dengan penuh kasih sayang. Dengan ini Sayyidah Khadijah memberi kesempatan yang berharga kepada Ali dan Zaid untuk mempelajari akhlak suaminya, Mmuhammad s.a.w, Maka ketika nabi diutus untuk menyampaikan agama yang terakhir dengan mengajak keduanya untuk beriman, Ali dan Zaid bin Harithah telah beriman dan menjadi sebaik-baik pembela nabi.


Sewaktu Nabi Muhammad s.a.w mula mengalami peristiwa penerimaan wahyu, baginda merasai bimbang dan takut, lalu Sayyidah Khadijah memujuknya dan memberi kepadanya pengharapan. Rasulullah s.a.w bersabda ertinya:


“Aku takut sesuatu berlaku ke atas diriku”


Kemudian Khadijah memujuk baginda dan berkata:


“Tidak sama sekali, demi Allah ia tidak mengapa-apakan engkau selama-lamanya. Engkau seorang yang menghubungkan silaturrahim, menanggung kesusahan untuk menolong orang yang memerlukan, mendapat pendapatan untuk orang yang tidak berpendapatan, memuliakan tetamu dan menolong ketika sesuatu kejadian”


Sayyidah Khadijah bukan sekadar menghiburkan hati Rasulullah s.a.w dan memberikan kepada Baginda harapan dengan kata-kata itu, bahkan Khadijah membawa baginda menemui sepupunya Waraqah bin Naufal, seorang penganut agama Nasrani yang menjadi penulis kitab Injil dan mengetahui mengenai pengalaman nabi-nabi terdahulu. Daripada Waraqah, baginda menyedari bahawa pengalaman yang dialaminya adalah pengalaman nabi-nabi terdahulu dan merupakan berita baik kepada seluruh manusia. Bagindalah insan yang dipilih oleh Allah s.a.w sebagai nabi akhir zaman.


Khadijah merupakan wanita pertama yang beriman kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai wanita yang berada, beliau mengorbankan seluruh kepentingan kebendaannya untuk tujuan dakwah Islam serta membantu Rasulullah s.a.w menjalankan tugas dakwahnya. Sebagai seorang wanita yang berpengaruh, beliau menggunakan pengaruhnya untuk melindungi Rasulullah s.a.w sewaktu dakwah yang dijalankan oleh Rasulullah mula dimusuhi oleh orang-orang Qurais. Kaum Qurais mengambil tindakan memulaukan keluarga Bani Hashim dan orang-orang Islam dengan memutuskan hubungan ekonomi dan sosial dengan mereka. Sayyidah Khadijah tetap bersama di dalam perjuangan suaminya walaupun terpaksa mengalami penderitaan akibat daripada pemulauan tersebut sehingga menjejaskan kesihatannya.


Kesan daripada pemulauan ini menyebabkan penyakitnya bertambah tenat akhirnya beliau pulang ke Rahmatullah. Pada tahun yang sama, bapa saudara rasulullah s.a.w iaitu Abu Talib juga meninggal dunia. Tahun ini dianggap tahun dukacita oleh Rasulullah kerana baginda kehilangan dua orang yang membantu dan melindungi baginda dari ancaman musuh-musuh Islam. Justeru kebaikan dan keprihatinan Khadijah yang begitu tinggi ini, sehinggakan tahun kematian beliau dan bapa saudara tersebut digelar sebagai “Tahun Berdukacita” oleh Rasulullah. Bahkan isteri baginda Aisyah r.ha mencemburui Khadijah, kerana walupun Khadijah telah tiada tetapi nabi masih menyebut-nyebut nama istimewa tersebut. Demikianlah hebatnya Siti Khadijah Al-Khuwailid r.ha isteri pertama Rasulullah s.a.w.


Sejarah perjuangan Islam telah mencatat bahawa suatu Jamaah penggerak dakwah islamiyyah yang ulung, iaitu merupakan ‘safwah Al-Mukhtarah’ telah muncul pada permulaan dakwah Islam tersebut. Kemunculan mereka merupakan kebangkitan suatu ummah yang mempunyai ciri-ciri tersendiri di tengah-tengah penguasaan wathaniyyah ke atas masyarakat manusia seluruhnya. Jumlah kumpulan ini kira-kira 60 orang dan seperempat daripada mereka terdiri daripada wanita-wanita. Di antara mereka ialah:


1. Ummu AL-Fadhl binti Harith

2. Asma’ binti Umais (isteri Ja’afar bin Abi Talib)

3. Khadijah binti Khuwailid

4. Aminah binti Khalid (isteri Khalid bin Said)

5. Fatimah (isteri Abu Ahmad bin Jahsyin)

6. Asma’ (isteri ‘Iyasy bin Abi Rabi’ah)

7. Sumayyah binti Khayyat (isteri Yasir bin Amir)

8. Fatimah binti Khattab (adik Umar bin Al-Khattab)

9. Hafsah binti Umar (isteri Khurasi’ bin Huzafah)

10. Fatimah (isteri Khatib bin Al-Harith)

11. Fukaihah (isteri Khattab bin Al-Kharith)

12. Ramlah (isteri Abdullah bin Maz’un)


Generasi awal yang menjadi pelopor dalam harakah Islamiyyah ini sentiasa berdiri teguh dalam perjuangan Islam. Mereka mempunyai keimanan yang kental dan tahap pengorbanan yang begitu tinggi.


Pengorbanan wanita dari kalangan generasi pelopor ini dapat dilihat dari kisah-kisah yang berlaku ke atas Sumayyah iaitu isteri Yasir dan ibu kepada Ammar. Beliau sekeluarga telah disiksa oleh orang-orang Qurais sehingga mendapat penghormatan sebagai syahid yang pertama bersama suaminya, Yasir. Sewaktu mereka sedang disiksa, Rasulullah s.a.w lalu berhampiran dengan mereka dan bersabda:


“Sabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya kamu adalah (penghuni) syurga”


Selain daripada Sumayyah, wanita-wanita yang tuurt disiksa ialah Zunairah Al-Nahdiyyah dan anak perempuannya serta Ummu Abyas. Mereka terdiri daripada hamba-hamba yang menganut agama Islam tanpa merasa gentar menghadapi siksaan tuan-tuan mereka.


Sewaktu tekanan dan siksaan ke atas orang-orang Islam memuncak, Rasulullah s.a.w memindahkan sebahagian daripada orang-orang Islam ke Habsyah. Termasuk di dalam rombongan itu ialah wanita-wanita Islam dari keluarga ternama yang berpengaruh seperti Ummu Habibah binti Abu Sufyan pada ketika itu ialah ketua orang-orang jahiliyyah yang juga memusuhi Islam.

Saturday, September 06, 2008

Salam Ramadhan.....

Firman Allah s.w.t.yang bermaksud : “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenaiKu, maka (beritahulah kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sangat hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang-orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk” [Surah Al-Baqarah : 186]

Sesungguhnya, bulan Ramadhan adalah bulan Muqarabatillah. Bulan untuk seorang hamba menghampirkan dirinya kepada Allah s.w.t. Lihatlah bagaimana Allah s.w.t. menyelitkan ayat di atas di tengah-tengah perenggan ayat-ayat puasa Ramadhan bermula dari ayat 183 hinggalah ayat 188 dari surah Al-Baqarah. Dengan jelas Allah s.w.t. menyatakan bahawa Ia amat hampir dengan hambaNya, lantas menerima permintaan hambaNya apabila mereka meminta dengan syarat, mereka beriman dan mematuhi segala perintahNya.

Walaubagaimana pun, harus kita faham bahawa Muqarabah itu ada jalan dan tangganya. Tanpa melalui jalannya yang betul tidak akan menyampaikan kita kepada tujuannya. Tanpa meniti tangganya secara berperingkat, kita tidak akan sampai ke puncaknya. Jalan atau tingkat tangga Muqarabah itu ialah sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah s.w.t. melalui Rasulillah s.a.w. di dalam hadith qudsi berikut :

Yang bermaksud ; dari Abu Hurairah r.a. lapornya ; telah bersabda Rasulullah s.a.w. ; sesungguhnya Allah s.w.t. telah berfirman : “Barangsiapa yang menyakiti waliku, maka sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang kepadanya. Dan tiada mendekatkan diri hambaKu kepadaKu dengan sesuatu amalan yang lebih Aku sukai dari apa yang telah Aku fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu menghampirkan diri kepadaKu dengan melakukan amalan sunat (nawafil) hingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku mencintainya, Akulah pendengarannya yang ia mendengar dengannya dan penglihatannya yang ia melihat dengannya dan tangannya yang ia menampar dengannya dan kakinya yang ia berjalan dengannya . Dan jika ia meminta kepadaKu nescaya Aku benar-benar akan memberikan kepadanya dan jika ia meminta perlindunganKu nescaya Aku benar-benar akan menlindunginya” [HR Al-Bukhari]

Tangga pertama yang mesti dijejaki oleh mereka yang ingin menghampirkan dirinya kepada Allah s.w.t. ialah dengan melaksanakan AMALAN YANG FARDHU. Inilah aulawiyat atau keutamaan dalam beramal. Perkara yang fardhu ialah perkara yang jelas secara putus pada nas samada dalam bentuk suruhan atau tegahan. Setelah menyempurnakan kefardhuan, barulah digalakkan kita untuk menjejaki tangga MuqarabatilLah yang seterusnya iaitu istiqamah dengan AMALAN-AMALAN SUNAT atau nawafil sehingga mencapai puncak MahabbatilLah (Cinta Allah) yang diidam-idamkan. Mereka yang mencapai maqam tersebut, penglihatannya, pendengarannya, tindakan dan kerja buatnya akan sentiasa dilindungi dan dipelihara oleh Allah s.w.t. Merekalah Wali Allah yang sebenarnya.

Berikut di antara perkara fardhu yang perlu diberi perhatian dan keutamaan dalam beramal di sepanjang bulan Ramadhan :

  • Iman yang benar dan menjauhi syirik serta kufur. Firman Allah s.w.t. : Yang bermaksud : “barangsiapa yang kafir sesudah beriman, maka terbatallah amalannya dan dia di hari akhirat tergolong dari kalangan orang yang merugi” [Al-Maidah : 5]
  • Solat Fardhu 5 waktu dengan sempurna (berjamaah bagi lelaki). Firman Allah s.w.t. : Yang bermaksud : “Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.” [An-Nisaa’ : 103]
  • Berpuasa dengan menjaga segala kesempurnaannya. Firman Allah s.w.t. :Yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, difardhukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah difardhukan ke atas mereka yang sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa” [Al-Baqarah : 183]
  • Meninggalkan pekerjaan maksiat dan mungkar. Sabda Rasulullah s.a.w. :Yang bermaksud : “Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan mengerjakan kedustaan, maka Allah tidak berhajat kepada amalannya dalam meninggalkan makanan dan minumannya". [HR Al-Bukhari]
  • Menuntut ilmu, menghidupkan tazkirah. Sabda Rasulullah s.a.w. : Yang bermaksud : “Menuntut ilmu itu satu kefardhuan ke atas setiap orang Islam” [HR Ibn Majah – Ulama’ Hadith berbeza pendapat dalam menetapkan darjat hadith ini. Pendapat yang terpilih ialah darjatnya sekurang-kurangnya hasan]
  • Melaksanakan keadilan dan tidak berlaku zalim. Hadith Rasulullah s.a.w. : Dari Abi Dzar Al-Ghifari r.a. ; dari Nabi s.a.w. yang diriwayatkan dari Rabbnya Azza wa Jalla ; “Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya Aku telah haramkan kezaliman di atas diriKu, dan Aku jadikan dia perkara yang diharamkan antara kamu, maka janganlah kamu berbuat zalim” [HR Muslim]
  • Usaha dakwah, amar makruf nahi mungkar, pendidikan anak-anak, menjaga isteri dan keluarga, usaha menegakkan syariat, jihad fi sabilillah, infaq wajib (zakat) dan sebagainya.
Kesimpulannya, dalam keghairahan kita memperbanyakkan ibadah sunat di bulan Ramadhan ini, jangan sampai kita mencuaikan amalan-amalan fardhu yang merupakan tangga pertama dalam usaha kita untuk mendapat tempat di sisiNya dan bernaung dalam pemeliharaan cintaNya.

Friday, August 01, 2008

Daieyah Zainab al-Ghazali

Permata Dakwah Yang Berkilau Di Era Jatuhnya Islam

Zainab al-Ghazali bukanlah seperti wanita biasa. Seperti Aisha Abdul Rahman, beliau merupakan rakyat Mesir dan mempertahankan hak-hak wanita Islam berdasarkan apa yang diyakini beliau sebagai fahaman Islam yang betul. Beliau dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917 di dalam keluarga yang terhormat, keturunan Umar al-Khattab dan al-Hasan bin Ali bin Abi Talib. Ayah beliau juga merupakan lulusan al-Azhar. Beliau lebih terkedepan sebagai pejuang dan aktivis Islam daripada seorang yang ulama’. Sewaktu mudanya, beliau aktif dalam pergerakan feminis, dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir (Egyptian Feminist Union) yang diasaskan oleh Huda as-Syarawi pada tahun 1923. Beliau telah keluar daripada persatuan itu disebabkan tidak bersetuju dengan idea dan landasan perjuangan gerakan pembebasan wanita. Pada umur 18 tahun (1936), beliau mengasaskan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hal-ehwal dan akitiviti-aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam dan tujuan ke arah Islam.

Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al-Banna pada 1928 mempunyai perancangan untuk mengasaskan sayap wanita di dalam pertubuhannya. Hasan al-Banna telah meminta beliau untuk mengetuai bahagian wanita dalam Ikhwan Muslimin. Beliau dan persatuannya menolak tawaran ini tetapi menyatakan persetujuan untuk memberikan kerjasama. Setelah Ikhwan Muslimin dibubarkan pada tahun 1948, Zaynab al-Ghazali telah berbaiah kepada Hasan al-Banna pada tahun 1949 untuk menyokongnya dan bersama memperjuangkan sebuah daulah Islam. Malangnya Hasan al-Banna telah gugur syahid tidak lama setelah itu. Kesedihan hati Zaynab telah tercoret dalam bukunya yang masyhur, Hari-hari Dalam Hidupku. Beliau menyambung perjuangan dan mengotakan baiahnya kepada pemimpin Ikhwan Muslimin yang menggantikan Hasan al-Banna iaitu Hasan al-Hudhaibi. Beliau menyertai dan bersama dengan ahli Ikhwan Muslimin terutama apabila Ikhwan Muslimin diharamkan dan mereka terpaksa bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naser sekitar tahun 1950-1960an.Dalam satu temuramah dirumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, Zainab al-Ghazali berkata:


“Islam telah menyediakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya-kebebasan,hak ekonomi,hak politik,hak social, hak awam dan juga hak persendirian. Islam telah memberikan hak-hak wanita di dalam keluarga lebih daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian,Yahudi dan juga masyarakat pagan, tetapi dalam masyarakat Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita Muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam telah memberikan mereka semua hak-hak mereka.”


Inilah intipati pemikiran Zainab al-Ghazali berkenaan dengan status wanita seperti yang selalu diluahkan dan disampaikan beliau dalam ceramah-ceramah beliau dan juga karya-karya beliau di dalam majalah al-Da’wa, dimana beliau merupakan editor sebuah ruangan untuk pembangunan rumah tangga Muslim yang sebenar. Perkara utama dalam perjuangan beliau adalah pentarbiyahan, iaitu untuk memberi kefahaman Islam di dalam pemikiran wanita, mendidik mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka dan mengubah masyarakat untuk membina sebuah daulah Islamiah yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.


Zainab al-Ghazali meyakini bahawa Islam membenarkan wanita untuk bergiat aktif dalam hal social, memegang jawatan, memasuki politik dan juga memberi pendapat. Beliau percaya Islam membenarkan wanita memiliki harta, menguruskan perniagaan dan apa sahaja yang mereka mahu dalam perkhidmatan masyarakat Islam. Beliau berpendapat tugas utama wanita Muslimah ialah menjadi ibu dan isteri. Oleh itu, tiada tanggungjawab lain yang boleh mengatasi tanggungjawab ini. Jika wanita itu mempunyai masa luang untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan setelah tugasnya sebagai ibu dan isteri telah dipenuhi, maka dia boleh berbuat demikian kerana Islam tidak melarang perbuatan tersebut.


Zainab al-Ghazali sangat meyakini tanggungjawab agama dan social apabila berkahwin. Pada perkahwinan beliau yang pertama, suami beliau tidak bersetuju untuk membenarkan beliau bergiat aktif dalam perjuangan Islam. Dengan sebab itu, beliau telah meminta cerai daripada suaminya kerana pra-syarat yang diletakkan oleh beliau sebelum berkahwin adalah membenarkan beliau memperjuangkan Islam. Suami beliau yang kedua memahami semangat dan gagasan perjuangan beliau dan melibatkan diri dalam penulisan untuk menyokong beliau dan sama sekali tidak menghalang beliau dari perjuangan. Didalam buku ‘Hari-hari dalam Hidupku’ (Ayyam min Hayati) beliau mengisahkan bagaimana suami beliau walaupun sangat bimbang akan diri beliau tetapi terus menerus menyokong perjuangan suci beliau. Zainab al-Ghazali juga menekankan beliau tidak akan mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan keluarga beliau walaupun beliau Amirah sayap wanita Ikhwan Muslimin. Tanggungjawab beliau yang berat itu menyebabkan beliau perlu bekerja pada waktu yang panjang di pejabat beliau dan aktiviti bersama Ikhwan Muslimin. Setelah kematian suaminya yang kedua, beliau masih di dalam penjara. Beliau merasakan tanggungjawabnya terhadap perkahwinan telah selesai dan beliau bebas untuk mengorbankan seluruh masanya untuk perjuangan Islam.


Sebagaimana pejuang-pejuang Islam yang lain, beliau juga kecewa dengan revolusi Mesir 1952 yang didokong mereka pada mulanya dan akhirnya pejuang Islam telah dikhianati oleh Jamal Abdul Naser. Zainab al-Ghazali menyatakan bahawa rejim Jamal Abdul Naser adalah musuh kepada Islam. Setelah beberapa tokoh Ikhwanul Muslimin ditangkap dan dihukum mati dan ramai dipenjara, beliau mendahului pergerakan untuk menolong isteri, janda dan keluarga pejuang yang telah dibunuh dan dipenjarakan. Walaupun dipenjara, beliau meningkatkan usaha tarbiyyah secara rahsia diketuai oleh pimpinan Ikhwan Muslimin. Dalam tahun 1962, beliau dapat berhubung dengan Sayyid Qutb melalui dua orang adik Sayyid Qutb dan menerima tulisan beliau berkenaan perjuangan Islam dan tafsir al-Quran dan hadith serta syariah Islam. Beliau juga menerima sebahagian dari buku yang dikarang oleh Sayyid Qutb dalam penjara yang kemudian diterbitkan dengan judul Ma’alim Fit-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan).


Tulisan dan petunjuk daripada Sayyid Qutb di dalam penjara dan juga ayat-ayat al-Quran akan dipelajari dalam satu kumpulan terdiri daripada lima hingga sepuluh pemuda yang berjumpa pada waktu malam di rumah Zainab ataupun tempat lain. Perbincangan, pandangan dan pendapat diutarakan di dalam pertemuan tersebut. Dengan persetujuan Sayyid Qutb dan pimpinan Ikhwan Muslimin, keputusan untuk menjalankan program tarbiyyah selama 13 tahun sepertimana zaman Rasulullah saw di era Mekah. Apabila tempoh ini berakhir, maka studi dan kajian akan dibuat adakah sekurangnya 75% daripada rakyat Mesir sudah yakin dengan keperluan adanya daulah Islam dan membangunkannya. Jika ianya terjadi maka gerak kerja menubuhkan daulah Islam akan dilakukan dan jika belum lagi mencapai tahap tersebut, program pentarbiyahan akan dilakukan semula selama 13 tahun lagi sehingga sehingga rakyat bersedia untuk membina daulah Islam, menerima pakai undang-undang syariah Islam dan menegakkan hukum Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.


Apabila kerajaan Mesir berasa curiga dengan perkumpulan rahsia dan matlamat mereka ini, Ikhwan Muslimin diserbu pada tahun 1965. Ikhwah dan akhawat pergerakan Ikhwan Muslimin semuanya ditangkap dan dipenjarakan. Zainab al-Ghazali adalah salah seorang daripada mereka. Jemaah wanita Ikhwan Muslimin dibubarkan. Beliau dibicarakan bersama sahabiah yang lainnya pada tahun 1966 dan dihukum penjara seumur hidup dengan kerja berat. Satu hukuman yang tidak masuk akal bagi seorang wanita. Namun pada tahun 1971 beliau telah dibebaskan apabila kematian Jamal Abdul Nasir dan Anwar Sadat mengambil alih tampuk pemerintahan. Setelah itu, beliau terus sahaja meneruskan perjuangan beliau tanpa mengenal penat lelah dalam mendaulatkan Islam dibumi Mesir.


Beliau merupakan wanita yang terkemuka setelah jatuhnya khilafah Islamiah di Mesir. Beliau tidak mempunyai anak dan segalanya hidupnya diserahkan kepada perjuangan Islam. Beliau juga menjadi sanjungan dan pendorong kepada perjuangan wanita di seluruh dunia. Beliau dihormati oleh kawan dan lawan, malah disegani oleh tokoh-tokoh ulama’ kerana perjuangannya yang luar biasa.


Zainab al-Ghazali kembali ke rahmatullah pada hari Rabu 3 Ogos 2005 di kala umur beliau 88 tahun. Ternyata umur yang panjang yang dianugerahkan Allah pada beliau telah digunakan tanpa sia-sia sedikitpun, semuanya dikorbankan demi menegakkan agama Allah yang mulia. Beliau terus menjadi idola dakwah kepada pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia. Beliau juga menjadi bukti kukuh bahawa sebenarnya Islam mampu membina wanita yang berjuang untuk Islam. Sejarah hidup beliau persis hidup srikandi di teratak Rasulullah saw. Jadi tidaklah salah jika kita menggelarnya sebagai Ummul Mujahidah pada masa kini. Moga Allah mencucuri rahmat yang melimpah ruah kepada beliau dan menjadikan beliau di kalangan para siddiqin,amilin dan mujahidin.

Saturday, July 26, 2008

Kecantikan yang abadi


Thursday, June 12, 2008

9 Siti yang patut dicontohi

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.



2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.

Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.

Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.

Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.



3) Siti A’ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik.

Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah.

Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama



4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.

Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.

Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).



5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri

dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t

utk mengandungkan Nabi Isa.



6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.



7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah.

Mendidik baginda menjadi insan mulia.



8.) Siti Muti’ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.



9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.

Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Saturday, May 24, 2008

AMALAN SEBELUM TIDUR - WASIAT RASULULLAH UNTUK WANITA

Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya; Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x, maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah.

Wahai saudariku kaum muslimah, Inilah wasiat Nabi S.A.W kepada puterinya yang suci, pemuka para wanita penghuni syurga. Maka marilah kita ambil pengajaran ini untuk dimanfaatkan pada kehidupan kita dunia dan akhirat.

Fatimah merasa sangat letih kerana banyak pekerjaan yang dilakukannya. Tentu anda tertanya-tanya apa gunanya zikir itu sedangkan sekiranya alangkah lebih baik baginda memberi seorang pembantu yang kebetulannya ada tawanan yang menawarkan diri untuk berkhidmat dengan sukarela.

Tahukah kamu dengan membuat kerja iaitu menanggung segala bebanan keluarga dengan hati yang ikhlas lagi redha adalah sebaik-baiknya perbuatan dan akan dibalas dengan kebaikan di akhirat kelak.

Dalam wasiat ini Rasulullah S.A.W berpesan kepada puterinya bahawa dengan zikir itu akan menghilangkan rasa keletihan, kesulitan dapat ditanggung dengan kesabaran dan yang lebih penting lagi mengharapkan pahala.

Telah kita ketahui bahawa berbanyakkan berzikir itu dapat mensucikan jiwa dan hati. Untuk mencapai kejayaan hati yang ihlas dan murni ini Rasulullah S.A.W berwasiatkan kepada semua wanita agar kita mendapat kebaikan dari berzikir itu

Lihatlah betapa agungnya zikir itu digantikan dengan seorang pembantu, kerana pada zahirnya zikir itu memberikan kita kekuatan untuk menghadapi segala dugaan hidup

Begitulah wahai saudariku kaum muslimah, wasiat Nabi S.A.W yang disampaikan kepada salah seorang pemimpin Syurga, Fatimah, iaitu berupa kesabaran yang baik. Perhatikanlah, bagaimana seorang puteri Nabi dan isteri kepada sahabat yang mulia harus menggiling, membuat adunan roti dan melaksanakan pekerjaan rumahtangganya

Tuesday, April 29, 2008

Pemuda-Pemudi Islam Yang Unggul

Tanda-tanda pemuda-pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sitat-sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca Al-Quran atau mempelajari sunnah an-nabwiyah...

Antara sifat-sifat unik generasi ini adalah:

- generasi yang percaya kepada realiti ilmu

- generasi amal dan membina jamaie
- generasi rabbani dan ikhlas

- generasi yng bernasabkan ISLAM

- generasi dakwah dan jihad

- generasi dagang dan hidup bermasyarakat

- generasi gagahdan agung-generasi seimbang dan sederhana

...... dipetik daripda kata-kata DR. YUSOF AL-QARDHAWI ......

Wednesday, March 12, 2008

Muslimah Mukminah yang sejati

Seringkali kita mendengarkan tentang kisah-kisah srikandi Islam yang gagah berani seperti Siti Fatimah, Khadijah r.a., Khaulah Al-Azwar, Nusaibah serta ramai lagi muslimah-muslimah tauladan. Ramai yang mengatakan bahawa tidak mungkin kita akan mencapai tahap srikandi-srikandi mulia tersebut. Namun sedarkah kita, penilaian terhadap perjuangan seseorang itu hanyalah Allah s.w.t. yang berkuasa menentukan.

Keikhlasan dan kesediaan kita untuk menyerahkan diri sepenuhnya pada jalan perjuangan Islam ini adalah tunjang utama untuk menjadi mujahidah sejati. Namun syarat yang paling utama ialah keutuhan aqidah yang akan mendorong kita untuk thabat dalam membantu agama Allah s.w.t.

Ingatlah, dahulu kaum wanita menjadi bahan hinaan kaum-kaum jahiliyah terdahulu bahkan dianggap lebih hina dari binatang. Namun, cahaya Islam merubah segalanya. Kaum wanita diangkat martabatnya dan diberi hak yang sewajarnya. Islam memuliakan wanita sehingga terdapat surah An-Nisa’ yang bermakna ‘wanita-wanita’ yang banyak menyentuh tentang hal ehwal wanita. Di sini, saya ingin menyentuh beberapa skop muslimah sebagai pejuang agama secara ringkas.

Berjuang Sebagai Puteri

Jika menyentuh tentang perkara ini, pasti kita tidak lari dari memikirkan tentang puteri-puteri Rasulullah seperti Zainab, Ruqaiyyah, Ummu Kaltsum dan Fatimah. Namun, sejarah lebih ‘menghighlightkan’ Fatimah dari segi seorang anak kerana rapatnya beliau dengan Rasulullah. Fatimah lah yang membersihkan belakang Rasulullah apabila diletakkan najis oleh kaum musyrikin bahkan beliaulah yang memangku baginda Rasul di saat menjelang kewafatan baginda. Bagaimana pula dengan kita?

Secara umumnya, wajib ke atas anak itu membantu kedua ibu-bapanya serta berusaha tidak membebankan mereka dari segala segi. Jika sahabat-sahabat memiliki bapa atau ibu atau kedua-duanya yang beriltizam sepenuhnya dengan jamaah, maka hendaklah memahami mereka terutama pada saat-saat kesulitan seperti kesuntukan waktu atau harta. Bahkan, perlu bersiap-sedia menghadapi kemungkinan yang lebih dari itu kerana jalan perjuangan itu penuh mehnah dan tribulasi.

Bagi mereka yang memiliki ibu bapa yang neutral atau pun menentang, hendaklah berusaha memahamkan mereka tentang Islam secara beransur-ansur. Jangan mengharapkan mereka akan memahami kita jika tidak menjaga adab dan tanggungjawab sebagai anak sebagaimana sepatutnya. Tidak perlulah diceritakan tentang penglibatan kita dalam jamaah kerana mereka pastinya akan bimbang lantas melarang kita menyertai perjuangan ini lantaran ketidakfahaman. Tetapi cukuplah kita berusaha menjadi anak yang soleh dan tidak menyakitkan hati mereka walaupun pemikiran dan pemahaman adalah bertentangan. Ingat, sehebat mana seorang anak itu, redha ibu bapa lah yang akan memandu kita kepada redha Allah.

Berjuang Sebagai Isteri

Walaupun kalian belum berkahwin, tetapi hendaklah mengambil kisah akan hal ini kerana ia adalah masa depan dunia dan akhirat. Pertamanya amatlah dituntut kepada para mujahidah memilih para mujahid yang beriltizam dengan perjuangan Islam. Walaupun kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan, namun ciri-ciri itu sudah dapat dilihat pada usia seorang pemuda. Perkara ini penting bagi melahirkan baitul muslim yang akan melahirkan masyarakat muslim yang akan mendokong ke arah tertegaknya Islam di bumi ini.

Hendaklah kalian menjadi sayap kiri perjuangan suami dan memahami bahawa perjuangan ini menuntut pengorbanan dan pastinya tidak dimanjai dengan harta dunia. Bersiap-sedialah untuk meletakkan Islam sebagai kepentingan dan agenda utama hidup suami kalian bahkan hidup diri kalian sendiri. Ingatlah akan pengorbanan Saidatina Khadijah dalam membantu perjuangan Rasulullah dan menjadi peneman suka duka baginda sehingga tiada gantinya lagi.

Selain itu, sudah menjadi tanggungjawab kalian untuk memberi motivasi kepada para isteri mujahidin yang lain supaya mereka tidak tergugat dengan dugaan dan tidak goyah dengan harta dunia.

Berjuang Sebagi Ibu

Ini merupakan ‘stage’ terpenting kerana diibaratkan tangan ibu itu bisa menggoncang dunia. Dari rahim yang lembut itu, lahir Rasulullah s.a.w. yang tercinta. Dari rahim yang lembut itu lahir pejuang-pejuang Islam seperti Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayyubi dan Imam Hasan Al-Banna. Juga dari rahim yang lembut tetapi utuh itu lahir para ulama’ dan tokoh-tokoh agama yang ulung seperti Imam Malik, Imam As-Syafe’i dan Imam Bukhari.

Jika menyusur sirah para nabi, kebanyakannya ibu mereka adalah terdiri daripada wanita yang solehah seperti Maryam ibu Nabi Isa, Ibu Nabi Musa, Siti Hajar ibu nabi Ismail dan ibu nabi Sulaiman. Begitu juga dengan ibu para ulama’ seperti ibu Imam Bukhari yang tidak jemu-jemu mendoakan dan menjaga anaknya yang buta sehingga menjadi celik semula seterusnya menjadi ulama’ Hadith yang ulung.

Maka di sini, dapat diambil contoh tauladan oleh para mujahidah dalam melahirkan dan mendidik generasi yang akan menjadi pewaris ulama’ dan jundullah. Sebagai ibu, hendaklah berusaha membentuk anak-anak menjadi generasi al-Quran serta menjadikan sunnah Rasul ikutan hidup mereka.

Berjuang Sebagai Ahli Harakah Islamiyah


Mutakhir ini, para muslimah telah diberi peranan penting dalam gerakan Islam sehingga ditubuhkan tanzim khas untuk muslimat seperti Dewan Muslimat dan Unit Helwi. Memandangkan AM adalah sebuah jamaah yang masih kecil, maka unit muslimat ini bukanlah sebuah unit yang dhoruriyat mahupun hajiyat untuk ditubuhkan bahkan kita tidak mempunyai kapasiti yang secukupnya untuk itu.

Muslimin dan muslimat bekerja bersama-sama saling bantu membantu dalam batas syara’ untuk gerak kerja jamaah. Bahkan, terdapat jamaah yang majoritinya adalah muslimat dan yang menggiatkannya adalah kaum hawa ini. Walaupun muslimat tidak mempunyai taklifan syara’ untuk bergiat dalam harakah Islamiyyah, namun memandangkan senario semasa kini di mana kaum Hawa lebih ramai dari kaum Adam memerlukan muslimat untuk turun bersama para muslimin.



Muslimat pada zaman Rasulullah turut turun ke medan perang untuk membantu para muslimin dari belakang seperti mengubati para tentera yang cedera. Malah terdapat para muslimat yang turut masuk ke medan tempur seperti Nusaibah dan Khaulah Al-Azwar.

Bahkan, dengan keterlibatan muslimat dalam gerak kerja Islam dapat menangkis tuduhan-tuduhan yang mengatakan Islam itu mengongkong kaum wanita. Ia juga dapat membuka mata-mata mereka dengan kehebatan wanita muslim dalam perjuangan Islam.

Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, bukanlah mudah untuk menjadi mujahidah sejati. Pelbagai rintangan yang perlu dilalui untuk bergelar mujahidah yang diiktiraf Allah. Jika Barat bangga dengan Joan of Ark, kita patut lebih berbangga lagi dengan mujahidah-mujahidah Islam seperti Sumaiyah dan Zainab Al-Ghazali.

Kepada yang masih solo, jangan dirisau akan jodohmu kerana mujahid yang sejati itu bukanlah tertarik pada rupa tetapi pada perjuanganmu fisabilillah.Rupa paras bukanlah ukuran nilai pada seorang muslimah tetapi iman dan keutuhan jiwa yang berada pada dirinya. Pernah terjadi di Iran di mana wanita-wanita Iran memilih kaum-kaum lelaki yang cedera dalam pertempuran sebagai suami. Malah kaum lelaki terdiri daripada orang-orang yang terpotong kaki dan tangannya akibat perang melawan musuh Allah. Kaum wanita itu mengiginkan lelaki yang bersih jiwanya dan telah teruji bahawa lelaki itu telah siap menyerahkan jiwa raganya untuk Allah yang mereka cintai.

Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang diiktiraf Allah sebagai pejuang agamaNya.

Monday, February 18, 2008

doakanku sahabat......

Assalamualaikum....
    Insya Allah, 18 Februari, kami rombongan semester 6 akan bertolak ke Darul Quran untuk menjalani peperiksaan DIPLOMA 2008.
      Mula exam 20 Februari 2008 dan insya Allah akan tamat 1 Mac.
        Doakan semog kami semoga dipermudahkan Allah.....syukran
        Rasulullah saw pernah bersabda :
          "Doa saudara terhadap saudaranya tanpa pengetahuan (saudaranya tersebut) adalah diperkenankan, disisinya ada malaikat yang diwakilkan, setiap kali beliau mendoakan kebaikan, malaikat tersebut akan berkata "Amin dan bagimu juga seperti itu."

          Wednesday, February 06, 2008

          IMTIHAN YANG TERBESAR

          Musim imtihan makin tiba. Kita pasti dapat melihat ramai manusia tekun mengulangkaji pelajaran, tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa, lelaki mahupun wanita, miskin mahupun kaya, semua pasti memberi perhatian yang sepenuhnya pada imtihan yang pasti akan tiba, namun ada juga golongan yang asyik leka membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Mereka yang selalu berchating, asyik dengan rakan chating, ahli filem leka dengan tayangan filem masing-masing, yang tidur terus dengan mimpi –mimpi indah yang tidak berkesudahan dan bermacam-macam lagi bentuk kelekaan yang boleh mahupun tidak dapat digambarkan, itulah suasana imtihan.

          Golongan yang tekun mengulangkaji, pastinya melakarkan jadual yang terbaru. Jika dahulunya diisi dengan senda-gurau dan gelak – tawa, namun kini tidak lagi terukir pada jadual mahupun perbuatan. Bilik yang selalunya dibuka luas terbentang, kini ditutup seperti tidak berpenghuni, dapur yang selalunya berasap, kini tidak kelihatan lagi, begitulah karenah mereka yang inginkan kejayaan dalam imtihan. Mereka percaya, imtihan merupakan hari penentuan sama ada mereka dimuliakan mahupun dihina, cerahnya masa depan ataupun sebaliknya, memperolehi kesenangan mahupun kepayahan. Kegembiraan akan terukir di atas kejayaan, manakala kesedihan akan tergambar di atas kegagalan. Begitulah natijah imtihan. Dari kerana itulah mereka berusaha bersungguh-sunguh bagi memperolehi kejayaan. Mereka tidak mahu ketinggalan ke belakang, inginkan kejayaan dimasa hadapan, namun apakah mereka hanya membimbangkan imtihan di dunia ini tanpa memikirkan imtihan terbesar yang pasti menjelma, imtihan yang sering manusia lalai dan leka dari mengingatinya, tanpa memperdulikan natijah yang bersifat selama-lamanya itulah dia Hari Pembalasan ( Hari Qiamat ).

          Imtihan yang Terbesar ( Hari Qiamat ) merupakan hari yang pasti akan tiba. Selaku umat Islam wajib bagi kita beriman dengan wujudnya Hari Pembalasan. Hari yang tiada keraguan padanya. Seandainya manusia gelisah, takut dan gemenetar apabila tibanya hari imtihan di dunia ini, semestinya mereka pasti akan lebih takun, lebih gerun dan lebih gementar apabila tibanya Imtihan yang Terbesar. Imtihan yang memutuskan sama ada bahagia selama-lamanya mahupun menderita dan sengsara selama-lamanya. Imtihan ini menjanjikan penyesalan yang tidak berkesudahan bagi mereka yang lalai dan leka di dunia ini. Ia sama sekali berbeza dan dari imtihan di dunia ini. Imtihan yang tiada pengulangan, penipuan, kesilapan, pilih kasih dan segala bentuk kelakuan jahat yang boleh dilakukan semasa imtihan di dunia ini. Pada waktu itu, semua manusia sibuk dengan diri masing-masing. Ayah tidak memperdulikan anaknya, suami tidak memperdulikan isterinya, kawan tidak memperdulikan temannya serta tuan tidak memperdulikan hambanya. Semua membimbangkan kesudahan masing-masing.

          Seandainya imtihan didunia wujudnya tipu-daya dan saling bantu membantu, namun pada imtihan ini semuanya tidak wujud. Pada waktu itu semuanya membimbangi kesudahan masing-masing. Tiada siapa dapat membantu sama ada ayah, ibu, adik, abang, kakak, tuan dan segala-galanya melainkan amalan iman dan taqwa yang dapat membantu sama ada berkesudahan dengan kegembiraan mahupun kesedihan yang berpanjangan. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud,

          “ Dan apabila datang suara yang memekakkan ( tiupan sangkakala yang kedua ). Pada hari manusia lari dari saudaranya. Dari ibu dan bapaknya. Dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkan “. Surah ‘Abasa ayat 33 – 37.

          Ketahuilah, hari ini merupakan hari mengerjakan amalan dan esok merupakan hari perhitungan amalan. Pada hari ini kita diberi waktu bercucuk-tanam, manakala hari esok waktu mengutip hasilnya. Sesungguhnya pensyair arab pernah menyebut:-

          اذا أنت لم تزرع وأبصرت حاصدا ندمت على التفريط في زمن البذر

          Hari ini merupakan waktu menyemai ( الدنيا مزرعة للأخرة ). Sesiapa yang ingin esoknya menuai perlulah menyemai mulai sekarang. Persiapkanlah diri kita bagi menemui Hari Imtihan yang Terbesar. Hari yang pasti akan tiba, semua manusia tidak akan terkecuali, jika baik amalan kita, maka biaklah jesudahan kita, sebaliknya jika buruk amalan kita, maka buruklah kesudahan kita. Apakah kita meyakini esok masih ada bagi kita ? percayalah firman Allah SWT yang bermaksud:-
          Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui apa yang akan diusahakan esok dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah maha Mengetahui lagi Maha Mengenal “.

          Buatmu teman-teman semuslimahku....

          Buatmu teman-teman semuslimahku....

          Friday, February 01, 2008

          Seindah Mawar Berduri....


          Monday, January 21, 2008

          Buatmu Wanita....


          Friday, January 18, 2008

          Kemuliaan Bulan Muharram....

          MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Madinah, mengikut kiraan pada tahun masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
          Bulan Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
          Terdapat babyak kisah yang di ceritakan berkenaan dengan bulan ini yang boleh di jadikan panduan masa kini. Antaranya :

          Pada 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

          10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.
          Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

          Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
          Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
          Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
          Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
          Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
          Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
          Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
          Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
          Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
          Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
          Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
          Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
          Hari pertama Allah menciptakan alam.
          Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
          Hari pertama Allah menurunkan hujan.
          Allah menjadikan 'Arasy.
          Allah menjadikan Luh Mahfuz.
          Allah menjadikan alam.
          Allah menjadikan Malaikat Jibril.
          Nabi Isa diangkat ke langit.

          Selain itu juga, ibadah puasa merupakan ibadah yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala juga mengandung sekian banyak manfaat yang lain. Dengan berpuasa seseorang dapat mengendalikan syahwat dan hawa nafsunya. Puasa juga menjadi perisai dari api neraka. Puasa juga dapat menghapus dosa-dosa dan memberi syafaat di hari kiamat. Ia juga dapat membangkitkan rasa solidaritas kemanusiaan, serta manfaat lainnya yang sudah dimaklumi terkandung pada ibadah yang mulia ini.

          Pada bulan Muharram ada satu hari yang dikenal dengan sebutan hari ‘Asyura. Orang-orang jahiliyah pada masa pra Islam dan bangsa Yahudi sangat memuliakan hari ini. Hal tersebut karena pada hari ini Allah swt menyelamatkan Nabi Musa as dari dikejar Fir’aun dan pengikutnya. Bersyukur atas kurnia Allah swt kepadanya, Nabi Musa as akhirnya berpuasa pada hari ini. Tatkala sampai berita ini kepada Nabi saw, melalui orang-orang Yahudi yang tinggal di Madinah beliau bersabda,

          “Saya lebih berhak mengikuti Musa dari kalian (kaum Yahudi)”.

          Yang demikian karena pada saat Rasulullah saw sampai di Madinah, beliau mendapati Yahudi Madinah berpuasa pada hari ini, maka beliau sampaikan sabdanya sebagaimana di atas. Semenjak itu baginda memerintahkan ummatnya untuk berpuasa, sehingga jadilah puasa ‘Asyura diantara ibadah yang disukai di dalam Islam. Dan ketika itu puasa Ramadhan belum diwajibkan.

          Adalah Abdullah bin Abbas ra yang menceritakan kisah ini kepada kita sebagaimana yang terdapat di dalam Shahih Bukhari,

          “Tatkala Nabi Saw datang ke Madinah beliau melihat orang-orang Yahudi melakukan puasa di hari ‘Asyura. Baginda saw bertanya, “Hari apa ini?”. Orang-orang Yahudi menjawab, “Ini adalah hari baik, pada hari ini Allah selamatkan Bani Israil dari musuhnya, maka Musa ‘alaihissalam berpuasa pada hari ini. Nabi Saw bersabda, “Saya lebih berhak mengikuti Musa dari kalian (kaum Yahudi). Maka beliau berpuasa pada hari itu dan memerintahkan ummatnya untuk melakukannya”. HR Al Bukhari



          Dan dari Aisyah ra, ia mengisahkan,

          “Dahulu Rasulullah saw memerintahkan untuk puasa di hari ‘Asyura. Dan ketika puasa Ramadhan diwajibkan, barangsiapa yang ingin (berpuasa di hari ‘Asyura) ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang ingin (tidak berpuasa) ia boleh berbuka”. HR Al Bukhari

          Keutamaan puasa ‘Asyura di dalam Islam.

          Di masa hidupnya Nabi saw berpuasa di hari ‘Asyura. Kebiasaan ini bahkan sudah dilakukan oleh Rasulullah saw sejak sebelum diwajibkannya puasa Ramadhan dan terus berlangsung sampai akhir hayatnya.

          Al Imam Al Bukhari dan Al Imam Muslim meriwayatkan di dalam soheh mereka dari Abdullah bin Abbas radiyallahu ‘anhuma, ia berkata,

          “Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw menjaga puasa suatu hari karena keutamaannya dibandingkan hari-hari yang lain kecuali hari ini yaitu hari ‘Asyura dan bulan ini yaitu bulan Ramadhan”.

          Hal ini menandakan akan keutamaan besar yang terkandung pada puasa di hari ini. Oleh karena itu ketika baginda ditanya pada satu kesempatan tentang puasa yang paling afdhal setelah Ramadhan, beliau menjawab bulan Allah Muharram.

          Dan Al Imam Muslim serta yang lainnya meriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda,

          “Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah (puasa) di bulan Allah Muharram. Dan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam”.

          Dan puasa ‘Asyura menggugurkan dosa-dosa setahun yang lalu. Al Imam Abu Daud meriwayatkan di dalam Sunan-nya dari Abu Qatadah Ra,

          “Dan puasa di hari ‘Asyura, sungguh saya mengharap kepada Allah bisa menggugurkan dosa setahun yang lalu”.

          Hukum Puasa ‘Asyura

          Sebahagian ulama salaf menganggap puasa ‘Asyura hukumnya wajib akan tetapi hadits ‘Aisyah di atas menegaskan bahwa kewajibannya telah dihapus dan menjadi ibadah yang mustahab (sunnah). Dan Al Imam Ibnu Abdilbarr menukil ijma’ ulama bahwa hukumnya adalah mustahab.

          Waktu Pelaksanaan Puasa ‘Asyura

          Jumhur ulama dari kalangan salaf dan khalaf berpendapat bahwa hari ‘Asyura adalah hari ke-10 di bulan Muharram. Di antara mereka adalah Said bin Musayyib, Al Hasan Al Bashri, Malik, Ahmad, Ishaq dan yang lainnya. Dan dikalangan ulama kontemporari seperti Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin Rahimahullah. Pada hari inilah Rasullah Saw semasa hidupnya melaksanakan puasa ‘Asyura. Dan kurang lebih setahun sebelum wafatnya, Rasulullah saw bersabda,

          “Jikalau masih ada umurku tahun depan, aku akan berpuasa tanggal sembilan (Muharram)”

          Para ulama berpendapat perkataan Rasulullah saw, “…aku akan berpuasa tanggal sembilan (Muharram)”, mengandung kemungkinan beliau ingin memindahkan puasa tanggal 10 ke tanggal 9 Muharram dan beliau ingin menggabungkan keduanya dalam pelaksanaan puasa ‘Asyura. Tapi ketika Rasulullah saw ternyata wafat sebelum itu maka yang paling selamat adalah puasa pada kedua hari tersebut sekaligus, tanggal 9 dan 10 Muharram..
          Dan Al Imam Asy-Syaukani dan Al Hafidz Ibnu Hajar mengatakan puasa ‘Asyura ada tiga tingkatan. Yang pertama puasa di hari ke 10 saja, tingkatan kedua puasa di hari ke 9 dan ke 10 dan tingkatan ketiga puasa di hari 9,10 dan 11. Wallahua’lam.

          Ustadz Ja’far Shalih. Judul asli SUNNAH PUASA ‘ASYURA.

          Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

          Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
          Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
          Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
          Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
          Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
          Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
          Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
          Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
          Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
          Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
          Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
          Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
          Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
          Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

          Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
          Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
          Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
          Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
          Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
          Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
          Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
          Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
          Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
          Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
          Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
          Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
          Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
          Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.