Wednesday, March 21, 2007

Ilmu Yang Bermanfaat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“ Jangan engkau menuntut ilmu agar dapat bermegah-megah dengan ilmu itu terhadap ulamak dan dapat mebantah-bantah dengan ilmu itu terhadap orang-orang bodoh dan dapat memalingkan wajah-wajah yang sedemikian, Allah akan memasukkan mereka ke dalam nerakan Jahannam.”


Sesungguhnya sudah terbukti ilmu pengetahuan itu penting dan terpenting sekali kepada kehidupan setiap individu manusia kerana kebahagiaan dan kesejahteraan itu samada ketika hidup di dunia dan akhirat bergantung kepada ilmu pengetahuan yang miliki. Jika kita berilmu maka bahagialah kita dan jika kita jahil maka sengsaralah kita. Jadi, kenapa dan mengapa ilmu pengetahuan amat penting kepada kita?

Ilmu adalah anugerah Allah ia adalah perkara ynah paling asas dalam kehidupan manusia kerana setiap sesuatu yang ingin dilakukan hendaklah dengan ilmu. Ilmu akan mengajar manusia untuk hidup dalam keadaan sempurna, aman dan bahagia. Kerana itulah nabi pernah mengatakan bahawa menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan kepada lelaki dan perempuan. Islam amat mementingkan umatnya menuntut ilmu pengetahuan. Tarbiah dalam islam bermula daripada daripada peringkat awal lagi iaitu sejak dari alm rahim ibu lagi.

Imam Syafie R.A pernah berkata:-
“Sesiapa yang mempelajai Al-Quran, nilai hidupnya menjadi semakin besar, sesiapa yang mempelajari fekah martabatnya akan tinggi. Sesiapa yang menulis hadis, pembelaannya akan kuat. Sesiapa yang mempelajari bahasa maka ia akan menjadi seorang yang budiman dan sesiapa yang mempelajari ilmu hitungakan kuat fikiran dan pendapat”.

Melalui ilmu kita akan dapt hidup sejahtera, aman damai di dunia ini. Kita dapat memiliki pangkat, kedudukan dan kemuliaan. Dihormati oleh orang lain dan yang paling penting kita diangkat untuk menjadi pemimpin kepada diri kita dan kepada orang lain. Jadi orang yang berilmu akan mendapat kedudukan yang istimewa di sisi allah dan di mata masyarakat.

Imam al-Ghazali pernah berkata:
“Kesempurnaan seseorang manusia itu dapat dilihat dari jauh dan dekatnya kepada Allah. Pendekatan ini hanya mampu dicapai dengan ilmu pengetahuan. Selama ilmunya cukup banyak dan sempurna, maka ia semakin dekat kepada Allah dan semakin menyerupai malaikat.”

Orang yang berilmu memiliki martabat yang tinggi di sisi Allah berbanding mereka yang tidak berilmu. Dengan ilmulah kita dapat meningkat lagi kefahaman terhadap agama dan menambahkan lagi ketaqwaan serta ketaatan kita kepada Allah. Ilmulah yang mengajar dan mendidik manusia .... renungillah moga2 ilmu yang kite peroleh diredhai ALLAH....

No comments: