Friday, June 15, 2007

Hargailah Pengorbanan Ayah....

Jika bulan Mei yang lalu kita menyambut Hari Ibu, InsyaAllah pada bulan Jun pula adalah bulan untuk kita meraikan Hari Bapa pula. Melihat kepada kedua-dua hari ini jasa dan pengorbanan mereka memang patut diraikan.

Ayah, abi, walid, baba, abah, daddy, dan pelbagai lagi bentuk panggilan yang tidak asing lagi bagi mereka yang bergelar bapa. Bapa sebagai ketua keluarga,yang mempunyai tanggungjawab yang besar. Dia yang menanggung nafkah ahli keluarga dan yang memastikan keselamatan mereka terjamin..Memang wajar kita meraikan para bapa pada sepanjang masa. Dari segi realitinya, halangan masa dan geografi menyebabkan sesuatu perkara itu sukar untuk direalisasikan.

Sebagai anak-anak, raikanlah mereka sementara mereka masih ada. Raikan mereka dengan cara tersendiri. Yang dekat, luangkan masa bersama mereka manakala yang tidak dapat bersama mereka hubungilah mereka sebagai tanda yang walaupun jauh di mata tetapi sentiasa di hati.

Bagi golongan muda yang telah bergelar bapa mungkin Hari Bapa ini sesuai untuk mereka ini muhasabah diri. Tanya diri sejauh mana amanah yang diberikan mampu dilaksanakan seperti yang dituntut dan disyara’kan oleh islam.

Memberi nafkah adalah tugas utama seorang bapa. Ia bukanlah satu-satunya tanggungjawab seorang bapa saja malah mendidik anak-anak juga adalah tanggungjawab bapa dan bukanlah dibahu ibu semata-mata.ini jelas dibuktikan di dalam al-Quran.

Kisah mengenai bapa dengan anak yang disampaikan melalui al-Quran adalah cara Allah swt memberitahu kita tentang tuntutan islam. Di dalam Surah Luqman mengisahkan bagaimana seorang bapa yang bijaksana memberi didikan agama dan akhlak kepada anaknya. Menerusi ayat 13 hingga 19, Luqman menasihati anaknya agar tidak mempersetukukan Allah, berbuat baik dengan ibu bapa, tidak mentaati mereka dalam perkara-perkara mungkar tetapi tetap bergaul baik dengan mereka. Seterusnya ada juga disebutkan bahawa setiap perbuatan adalah di dalam pengetahuan Allah, mendirikan solat, menyuruh yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar, bersabar degan segala musibah yang menimpa, menjauhi diri dari sifat sombong dan bersederhana dalam segala hal.

Selain itujuga telah disebut di dalam Surah Hud menerusi ayat 42 hingga 45 diceritakan mengenai kisah Nabi Nuh yang mengajak anaknya menaiki bahtera. Malangnya anaknya angkuh dan enggan mengikut ayahnya. Namun, kasih sayang seorang ayah Nabi Nuh telah membuat percubaan terakhir untuk menyelamatkan anaknya dari seksaan azab Allah.baginda terus berdoa kepada Allah agar menyelamatkan anaknya. Tetapi takdir telah menentukan anak Nabi Nuh bukanlah ahlinya.

Menerusi ayat 102 Surah Al-Shaaffat, kisah nabi Ibrahim dan anaknya yang menunjukkan betapa beratnya hati seorang bapa mengorbankan anak yang disayangi. Berkata Ibrahim kepada anaknya,” wahai anakku, Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi aku akan menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu?” Jawab anaknya, “wahai ayahku, jalankanlah apa yang diperintahkan oleh . insyaallh ayah akan dapati aku dari orang-orang yang sabar”. Kita maklum dengan kesudahan cerita ini. Seorang nabi bertanya pandangan kepada anaknya. Bagaimana dengan kita?

Begitu juga dengan kisah Nabi Yaakub yang berdukacita dengan kematian anaknya, Yusuf menerusi ayat 84 dalan Surah Yusuf sehingga Nabi Yaakub di ceritakan “putih 2 belah matanya disebabkan ratap tangis dukacitanya, kerana ia orang yang memendamkan marahnya dalam hati. Walaupun kecewa dengan kecuaian anak-anaknya yang lain.

Hadith Rasullullah banyak mengajar kita tentang erti kebapaan. Sepertimana hadith yang bermaksud, “ Tiada pemberian yang lebih baik yang boleh di beri oleh seorang ayah kepada anaknya melainkan akhlak yang baik”. Ia mengingatkan kepada kita bahawa dalam materialistic ini, mendidik anak dengan akhlak yang baik adalah lebih bermakna dari pemberian hadiah walau sebesar dan semahal mana sekalipun harganya.

Dalam islam, bapa bukan hanya bertnaggungjawab terhadap nafkah anak-anak tetapi juga sahsiah mereka. Di sinilah pentingnya golongan bapa memberi didikan agama dan akhlak kepada anak-anknya. Tambahan pula, anak soleh yang mendoakan orang-orang tuanya adalah antara amalan terus kekal walaupun mereka telah meninggal dunia.

Semestinya seorang bapa perlu aktif dalam kehidupan anak sebagai satu tuntutan dalam islam. Dengan kehadiran seorang bapa sesungguhnya ia memberi kesan positif dalam pertumbuhan anak-anak mereka. Kajian menunjukan sekiranya seorang bapa terlibat dalam pendidikan anak-anaknya, anak itu lebih cenderung untuk mendapat A. sekiranya dari segi syakhsiah diri, bapa yang mengambil intimam terhadap anaknya, kesan menunjukkan kecenderungan untuk mengambil inisiatif dan mengawal diri sendiri kepada anak-anaknya.

Marilah kita renung bersama betapa besar impak seorang bapa dalam satu institusi kekeluargaan. Tiada seorang bapa pun di dunia ini tidak mahu meneriama doa dari anak soleh dan solehah… mampukah kita balas semua pengorbanan tersebut sekiranya di nilai pada sebuah harga??

No comments: