Monday, June 07, 2010

SMART SOLAT 4 - bantu imarahkan masjid

Amali Solat

Latihan Dalam Kumpulan

Peserta-peserta yang hadir...

Jengka 15 - Program Smart Solat 4 yang di anjurkan oleh Nisa' Kuala Krau pada kali ini merupakan kesinambungan pendidikan solat kepada remaja dan kanak-kanak sekitar bandar jengka sebagaimana yang telah di adakan di Jengka 11 tempohari.

Penyertaan pada kali ini amat memberangsangkan sehinggan mencapai 100 orang peserta dari sekitar bandar jengka.

Program ini memuatkan pengisian motivasi solat, latihan dalam kumpulan, tayangan multimedia dan amali solat. Slot motivasi solat telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Asjad yang merupakan pensyarah di Uitm Kampus Jengka.

Kemudia disusuli dengan ldk solat secara teori dan terus dengan amali selepas zohor. manakala selepas itu pada waktu petang, semua peserta telah dihidangkan dengan satu tayangan khas berkenaan dengan azab dan ganjaran bagi mereka yang menunaikan solat atau meningalkannya.

program tamat sekitar jam 6 petang selepas berakhirnya majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah.

Dalam ucapan Al-Fadhil Ustaz Abd Rahim Abd RAhman semasa merasmikan majlis penutup, beliau menghargai usaha Nisa' Kuala Krau dengan penganjuran program seperti ini di masjid. selain untuk menarik minat pelajar untuk ke masjid, program ini juga dapat membantu pihak masjid mengimarahkan masjid dengan kehadiran peserta serta ibu bapa yang hadir bagi melihat anak-anak mereka.

Manakala, menurut ustazah Hairul Azimah Abdul Aziz (Timb. Nisa' Kuala Krau) yang merupakan Moderator program, beliau juga berpuas hati kerana peserta yang hadir mendaftarkan diri adalah muka-muka baru walaupun ada yang tidak pernah ketinggalan dalam Smart Solat yang telah diadakan pada siri-siri yang lepas. Inin bermakna program pengisian sebegini adalah menjadi agenda utama ibubapa mengambil peluang mengisi waktu cuti anak-anak untuk ke program yang baik. kami dari nisa' Kuala Krau tidak akan berputus asa untuk berusaha menegnajurkan program seperti ini di masa-masa akan datang.

Terima kasih jug abuat fasilitator yang merupakan pelajar Maahad SAS jengka yang sedang bercuti kerana sanggup mengorbankan cuti untuk melicinkan lagi program ini. Syukran jazilan.

semoga Allah memberkati usaha murni ini.

No comments: