
DALIL QIYAM DI BULAN RAMADHAN
Pada awalnya solat tarawih dilaksanakan Nabi SAW dengan sebahagian Sahabat secara berjemaaah di Masjid Nabawi. Namun setelah berjalan tiga malam, Nabi SAW membiarkan para sahabata melakukan tarawih secara bersendirian.
Hingga dikemudian hari, ketika Saidina Umar bin Al-Khattab menyaksikan adanya fenomena solat tawarih yang terpencar-pencar dalam Masjid Nabawi, terdetik dalam hati Umar untuk menyatukannya sehingga terbentuklah solat tarawih berjemaah yang dipimpin Saidina Ubay bin Kaab. Kisah ini terakam dalam Hadit Muttafaq alaih riwayat Saidina A’isyah (al-Lu’lu’wal marjan: 436) . dari sini majoriti ulama menetapkan bahawa solat tarawih secara berjamaah hukumnya sunnah. ( Lihat Syarh Muslim oleh Nawawi : 6/39).
Rasulullah SAW bersabda:
عن ابي هريرة قال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمرهم بعزيمة ويقول من قام رمضان ايمانا واحتسابا غفرله ما تقدم من ذنبه
-متفق عليه
”Dari Abu Hurairah menceritakan, bahawa Nabi SAW sangat menganjurkan qiyam ramadhan dengan tidak mewajibkannya. Kemudian Nabi Saw bersabda,” Siapa yang mendirikan solat di malam ramadhan dengan penuh keimana dan harapan maka ia diampuni dosa-dosa yang telah lampau”
(Muttafaq alaih, lafadz Imam Muslim dalam Shahihnya )
-------------------------------------------------
Berpuasa di siangnya
Beribadah di malamnya
Tinggalkan dosa banyakkan pahala
Banyakkanlah amal ibadah
Tambahkanlah jua sedekah
Berbukalah dengan yang halal
Jauhkan pembaziran
Kurangkan keluar di dalam bulan puasa
Untuk mengelak dari berbuat dosa
Melainkan ada perkara yang penting
Jauhkan dari perkara yang haram
Dan juga yang syubhat
Jauhkan dari banyak berkata yang sia-sia
Jangan dilupakan membaca Al-Quran
Moga kita dapat pengajaran darinya
No comments:
Post a Comment