Aidilfitri yang di sambut oleh umat Islam baru sahaja berlalu, namun bahangnya masih terasa.
Masih terdapat lagi sambutan Aidilfitri atau rumah terbuka yang di adakan. Semuanya diraikan
dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.
Walaupun begitu, masih kedapatan lagi golongan yang tidak mampu seperti kita. Mereka sangat
memerlukan perhatian dan bantuan orang ramai.
Itulah apa yang telah dikongsi oleh team Nisa' Kawasan Kuala Krau. Dengan inisiatif dan
kesungguhan yang mereka tunjukkan bagi membantu mereka yang memerlukan.
barisan AJK-nya telah turun bersama-sama dengan Ketua Muslimat PAS Kawasan Kuala Krau,
Ustazah Fatimah Mohamad mendekati mereka yang kurang bernasib baik untuk menyampaikan sedikit sumbangan bagi membantu mereka dalam kehangatan menyambut hari raya ini.
Menurut Puan Salina, program kebajikan ini akan sentiasa dan menjadi program utama kami bagi mendekati masyarakat. Walaupun matlamat utama Nisa' adalah untuk mendekati golongan muda atau remaja, tetapi Nisa' juga tidak mahu meninggalkan amal bakti kepada masyarakat.
Kebanyakkan mereka mengucapkan terima kasih kepada Nisa' Kuala Krau dan Muslimat kerana sudi menyampaikan sumbangan ini.
Sekalung penghargaan juga buat mereka yang telah menaja sumbangan bagi mambantu mereka yang kurang bernasib baik ini.
Tidak lupa jug abuat mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini.
1 comment:
Salam Perjuangan buat nisa' Kuala krau, teruskan perjuangan....pastikan kemenangan untuk Rakyat!!!!
Post a Comment